Monday, August 25, 2008

starbucks+ipta=sokongan kepada ISRAEL..

Starbucks merupakan antara salah satu produk utama yang pernah disenaraikan untuk diboikot oleh PAS/Persatuan Pengguna Islam selain daripada Colgate dan Coca-cola. Ini kerana syarikat tersebut dikenal pasti membuat sumbangan secara langsung kepada negara Israel yang diketahui melakukan pencerobohan keatas negara Palestin sejak 60 tahun yang lalu.
Jadi kita sebagai umat Islam dan rakyat yang prihatin hendaklah melakukan protes sebagai tanda bantahan keatas kezaliman mereka. Sebagai rakyat biasa, langkah terbaik bagi kita mungkin untuk memboikot barangan mereka, yang mana akan memberi kesan kepada pulangan keuntungan dan membuatkan mereka berfikir semula kewajaran mereka untuk bersekongkol dengan Israel.

Saya bukanlah anti kepada perniagaan mereka, tetapi ini sebagai tanda protes umat Islam terhadap keceluparan pihak pengurusan Starbucks yang pernah mengumumkan bahawa mereka akan menggunakan sebahagian daripada untung yang diperoleh untuk membantu "perjuangan" mereka di Palestin.

Perjuangan apa ini? Perjuangan untuk mengusir penduduk asal Palestin dari tanah air mereka sendiri?

Bagaimana kita sebagai sebuah negara Islam (yang juga bekas Pengerusi OIC) yang menentang keras pencerobohan Israel ke atas Palestin boleh menyokong idea tersebut. Kita secara tidak langsung telah membantu menguatkan ekonomi Israel.

Jika pun kita tidak seradikal untuk menghalau Starbucks keluar dari bumi Malaysia atau sekurang-kurangnya melancarkan kempen untuk memboikot barangan keluaran mereka/yang menyumbang kepada kekuatan mereka, janganlah sampai kita menambahkan kekuatan ekonomi mereka secara tidak langsung.

Sebagai alternatif, mengapa tidak dicadangkan kedai makan/kafe yang beroperasi dalam IPTA untuk meyediakan sendiri perkhidmatan wifi. Mereka hanya perlu mempunyai satu akaun internet dan membuat sambungan wireless sendiri.

Ini secara tidak langsung memberi idea kepada mereka untuk meningkatkan kualiti perniagaan dan juga memberi pendedahan tentang teknologi wireless, seperti kata pepatah "serampang dua mata".Mungkin apa yang kita boleh pelajari disini ialah bagaimana mereka menguruskan perniagaan sehingga mampu membuka sekian banyak cawangan, dan juga menjadi pilihan orang ramai untuk minum sambil lepak menikmati perkhidmatan wireless percuma.

1 cekodok:

maryjane said...

huh! ko ingt aku sapottt ke starbuck!! leh bla.hahah emo plak

 
Blogger design by suckmylolly.com