Friday, August 29, 2008

Kenyataan Prof Ibrahim didakwa berbaur perkauman

"Dipetik dari artikel Malaysia Kini 29 ogos 2008"

Wanita MCA hari ini menuduh Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Seri Prof Ibrahim Abu Shah menjadikan pendidikan sebagai isu perkauman.Timbalan Ketuanya, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, akhbar Sin Chew Daily telah melaporkan semalam bahawa Ibrahim mendakwa pihak swasta enggan mengambil graduan UiTM bekerja."Artikel itu juga melaporkan beliau tetap dengan pendiriannya yang enggan membuka kuota 10 peratus tempat di UiTM kepada bukan bumiputera," kata Chew sambil melahirkan kekecewaannya terhadap kenyataan naib canselor UiTM itu."

Jika ada orang yang cuba menghasut majikan supaya jangan menerima graduan UiTm, kita mesti mengecamnya," katanya.Beliau turut melahirkan kebimbangannya terhadap tindakan ahli-ahli pendidikan yang didakwanya memainkan isu-isu perkauman."Walaupun Prof Ibrahim adalah naib canselor sebuah institusi pengajian tinggi, tetapi kerangka pemikiran beliau nampaknya masih mempunyai unsur-unsur perkauman. "Beliau nampaknya telah menukar pendidikan menjadi isu perkauman," kata Chew sambil menambah, Ibrahim juga telah membangkitkan sentimen perkauman pelajar yang boleh menjejaskan keharmonian negara.

p/s:so sape nak komen?

0 cekodok:

 
Blogger design by suckmylolly.com