Friday, June 13, 2008

pakaian sekolah..SEKSI?


Isu pakaian pelajar di institusi pengajian tinggi ( IPT) yang dikatakan semakin menjadi-jadi dan melanggar etika berpakaian sepertimana ditetapkan institusi menambah lagi kurang senang masyarakat.


Senario itu bagai membenarkan pandangan serong itu selain mengiyakan pendapat cara berpakaian sedemikian punca utama kejadian jenayah.Persoalannya, adilkah meletakkan kesalahan kepada pakaian semata-mata sedangkan pakaian seragam itu sudah lama digunakan dan tidak pernah dipersoalkan sebelum ini.Apakah salah jika remaja ingin berpakaian mengikut naluri fesyen sendiri tanpa kongkongan atau jelingan masyarakat.


Benarkah tanggapan masyarakat bahawa pelajar atau generasi hari ini sudah terlalu 'gedik' hingga sanggup mendedahkan diri menjadi mangsa selain terikut-ikut budaya bebas barat.Pensyarah fesyen Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi Mara ( UiTM), Shah Alam, Faizal Hamid, berkata isu pakaian tidak seharusnya dijadikan polemik panas di kalangan masyarakat kerana cara berpakaian di kalangan pelajar harus diteliti secara keseluruhan.


. Isu ini perlu dilihat secara menyeluruh.“Kita juga perlu mengambil kira pengaruh teknologi maklumat seperti Internet, bukan pakaian semata-mata punca jenayah seksual.“Jenayah boleh terjadi di mana-mana, bukan hanya di jalanan atau sekolah. Rumah yang dikatakan tempat paling selamat juga boleh mengundang bahaya,” katanya.Isu ini tercetus apabila Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) meminta pihak tertentu menilai semula baju kurung seragam sekolah pelajar perempuan yang didakwa punca masalah sosial.Selain itu, pemantauan gaya kebanyakan pelajar IPT yang keterlaluan, moden dan tidak sesuai dipandang masyarakat turut menimbulkan konflik pelbagai pihak mengenai gaya berpakaian.


.Ditanya adakah cara berpakaian pelajar kini semakin seksi dan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan, beliau berkata ia bukan faktor utama. Beliau berkata, jenayah seksual tetap berlaku kepada mereka yang menutup aurat kerana istilah 'seksi' dan ' montok' sangat subjektif.“Kita tidak boleh kata, pelajar hari ini seksi kerana mereka sudah lama berbaju kurung ke sekolah. Adakah kita pernah dengar baju berkenaan menjolok mata? “Pakaian sekolah hari ini sudah lengkap cuma perbezaan fabrik menyebabkan bahagian tertentu terserlah lantas mengundang perasaan kurang selesa orang lain.“Jenayah berlaku boleh didasari faktor lain, contohnya alpa menjaga keselamatan diri dan terlalu berani. Jangan salahkan pakaian,” katanya.


Mengulas mengenai cara pakaian pelajar dan remaja masa kini yang dikatakan terlalu menjolok mata, Faizal mengakui, aliran fesyen sudah berubah dan berupaya mempengaruhi gaya masing- masing.“Bagaimanapun, tidak adil meletakkan aliran fesyen sebagai sebab kejatuhan akhlak.

Pada masa sama, ambil pendekatan menerangkan tidak salah berpakaian moden yang tidak menjolok mata tapi menarik.“Anak-anak perlu tahu tanggungjawab menghormati tubuh badan sendiri dengan memakai pakaian tidak menjolok mata,” katanya.


p/s:bila masyarakat da x dapat berfikir dengan rasional hitam pun jadi puteh..pkirkanla...

 
Blogger design by suckmylolly.com