Tuesday, June 10, 2008

Mak nyah..owhh tidak!


"You ni... I betul-betul sedih bila I dengar you keluar parti you. I dengar you yang buat parti itu. Pasal apa you keluar? Ini dah ada orang buat cerita kata parti you tu dah umur 60 tahun. Kan you nombor satu dan mem you number dua. Mana masuk akal parti you 60 tahun. Tak kan lah you buat parti ni masa umur you 20 tahun.


Masa tu you kan cute lagi belajar kat universiti Singapura. You pun masa itu belum jadi Melayu lagi kan? Napa you senyap aje tak cerita yang parti ni you dan mem you yang punya. Ni lah yang Mak tak faham.La ni I dengar you dah merajuk. I dah dengar banyak cerita. Soh seh soh seh merata-rata. Orang parti you sendiri tak layan you lagi. Orang parti you ni betul-betul buat you macam selipar Jepun -- dah pakai, tinggal kat tepi jamban. Orang dah tak respect you lagi. I dengar kat Kubang Pasu pun dia orang ludah muka you. Ni yang mak tak faham ni. Dulu cium tangan you. Lah ni kentut muka you.I jadi sedih ni bila I dengar orang parti you kata 'kita belajar dari presiden kita, dia yang ajar kita...' Orang parti you ikut betul-betul perangai you. Dia orang cerita, yang dulu pun you buat kalut bakar bontot Tunku. Lah ni dia orang nak bakar bontot you. Lah ni orang dah mula cerita kalau you mati nanti mereka tak nak tanam you kat Masjid Negara.



I sedih bila dengar labon orang parti you. Tapi masa Tunku mati dulu pun. you tak declare holiday kan? Pasal apa you tak declare cuti? You lupa ke ? Sekarang orang-orang parti you kata hendak ajar you betul-betul. Ni mak sedih. Mak risau you dibuang ke mana nanti.Tapi mak nak tanya napa dulu you tak hormat pada Tunku? Dia anak raja, lah ni you kena daulat kot. Dah kena tulah. Tu pasal, jangan lawan Raja-raja.I ada baca surat you yang you cerita masa ini udah tak ada orang parti layan you lagi. Hairan napa orang parti you buat you macam tu? Tak hormat you lagi. Orang parti you lupa you menangis dulu. Mereka dah lupa. Mereka tidak ingat muka cembeng you. Mereka mudah lupa, tak ingat muka you menangis dulu. La ni you nak menangis lagi ke? Kalau you menangis sekali lagi, you hentak-hentak kaki dan guling-gulingkan badan. Baru dia orang ingat you serius. Kalu tidak, dia orang ingat you buat lawak.



Betul ke I ada dengar khabar, ada orang Kubang Pasu nak datang jumpa you tapi kena larang? Woit betul ke cerita ni atau you sendiri yang buat-buat cerita? You memang pandai reka-reka cerita. You ada kelas bila karang cerita. Dulu you karang cerita main bontot. Lah ni you buat cerita orang kena larang jumpa you. Biar betul cerita ni. Mak tak faham napa orang dilarang jumpa you. Ada lagi ke orang yang nak datang jumpa you? You salah kot... Mungkin orang Bangladesh sesat jalan kat Kubang Pasu? I percaya betul cerita you tentang Singapura nak ambil negeri ni. I udah lama perhatikan perangai orang Singapura tu. I memang tak percaya negeri kecik tu. Dulu, I dengar mereka ada buat janji dengan Israel.


Mereka beli kereta kebal Israel. Ni mereka dah ambil pulau kita. Punat betul Singapura ni.Tapi Singapura ni bukan macam Penang ke? I dengar parti you juga yang kalut dulu. Tahun 1965 dulu, napa you tak bising hantar askar ambil Singapura? You takut apa? Masa tu you dah jadi Melayu. You ahli exco Pemuda dalam parti you. You dah jadi nasionalis. Tapi satu pun tak keluar dari mulut you. Ni laaa... Mak tak faham napa tak pret pret bising bising dulu. I sedih bila you jadi korok macam ni. Dah ada orang berani kata you ni patut kena ISA. Orang yang kata ni suku sakat you juga. Asal usul dari India. I tak setuju you kena ISA. I dengar jahat you ni bukan untuk ISA. You tau... tak baik orang yang cadang ISA untuk you. Mana ada kelas you kena ISA. Standard you ni patut macam Slobodan Milosevic. Jangan potong stim. You ada kelas.I ingat lagi you cakap di OIC. You memang kelas. You betul bukan Kancil. You betul-betul Proton Wira Dunia Ketiga. You berani. You jadi raja di Afrika. Orang Itam tak perlu visa nak datang lawat raja mereka. Lah ni ramai Orang Itam udah masuk Malaysia.


Orang Itam ni semua datang nak cari you. Mereka nak jual Black Money pada you. I dengar di Zimbabwe ada Orang Itam nak buat makam besar untuk you kalau you tak diterima di Masjid Negara. Mak jeles dengar cerita ni. You betul hebat. You kelas.You jaki ke dengan Dolah? Atau you jaki dengan menantu dia yang cute tu? I rasa you sudah silap, pasal ni I sedih. Patut you buat cerita baru untuk Dolah macam you buat cerita bontot dulu. I sedih bila you merajuk kerana Dolah. Dolah, mana ada kelas. Dia tidur siang malam. Biar mak cerita sini... Lepas pagi election, Dolah bangun jam 11 pagi. Parti you dah jadi haprak tapi Dolah asyik tidur meninggi hari. Kah kah kah. Tapi you juga yang pilih Dolah kan? Ni yang buat mak confused. You selalu salah orang. I sedih bila dengar you salah pilih lagi.


You ni cerdik tapi you bodoh. You potong stim I lah.I ada dengar kawan lama you dari Jay Bee yang kata you ni macam duri. Kawan you ni betul-betul tikam you dari belakang. Betul tak I kata? You tak pandai pilih kawan. I sedih bila kawan lama you cakap lagu tu. Berani dia kata you ni macam duri. Duri ni halus. Dia tak tahu you bukan jenis duri. You tunggul kayu. Tunggul keras. I sedih betul bila I dengar parti you jadi haprak. Ramai orang udah tak hormat parti haprak yang you buat dulu. I dengar parti-parti lain juga udah mula nak lari tak mahu dekat dengan parti haprak you. Pasal ini you keluar parti? Tapi mak tak faham masa you keluar parti kenapa tak ramai orang yang ikut you? I marah bila you keluar sorang-sorang. Mana geng you yang lain?Anak you sendiri pun tak ikut keluar. Mana ada kelas anak macam ni. Ini anak siapa? Bila you keluar parti, I dengar ramai orang buat kenduri syukur.


Betul ke cerita ini? I dengar banyak loyar-loyar buruk kat Bar Council buat kenduri. Loyar-loyar buruk ni buka champagne Dom Perignon. You ni betul-betul jadi haprak macam botol. I sedih dengan loyar kawan you yang kata korek korek korek. I hairan macam mana you ambil dia jadi lawyer you. You ni selalu pilih salah kawan. You betul-betul buat I sedih. Lawyer korek korek korek ni mana ada kelas. Dia ini kelas paling bawah!I ingat you janganlah merajuk lama sangat. Muka you tambah jobo nanti. I ingat you baik cari peguam yang bagus-bagus bukan yang korek korek korek. I dengar ramai orang nak saman you. You ni sudah jadi selipar Jepun. I risau apa jadi dengan you nanti kalau you kena saman.Mak tunggu-tungu you buat cerita baru untuk Dolah. Ni you bising cerita lama. Cerita ini dah karat. Maaf... fasal reka-reka cerita ni mak kurang pandai. Tapi I tahu cerita Siti. Auuuw. Jangan bagi I sedih."


p/s:betul ke ini terjadi di negara kita..pikir2 la..

 
Blogger design by suckmylolly.com