Friday, January 29, 2010

terima kasih semua

akhirnya perjalanan sebagai pemimpin pelajar baru saja bermula...Alhamdulillah saya dan seorang lagi rakan dari fakulti komunikasi dan pengajian media berjaya menang dalam pilihanraya yang baru selesai..

ribuan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa,seluruh warga masscomm dan rakan-rakan yang terlibat dalam proses mengundian.Bukan mudah untuk menjadi pemimpin pelajar,tapi saya yakin dan percaya berkat dari pertolongan anda semua saya akan cuba yang terbaik untuk menolong anda semua.

Kerja baru bermula...
Semoga terus berjaya..

Amin.

Thursday, January 21, 2010

populariti produktiviti...

salam dan selamat sejahtera...seluruh universiti sekarang sudah merasai bahang pilihanraya yang bakal diadakan di universiti masing-masing pada penghujung bulan satu ini...

umum mengetahui bahawa pilihanraya di kampus bertujuan untuk memlilih perwakilan dikalangan pelajar untuk dijadikan penghubung antara pihak atasan bagi membolehkan suara mahasiswa didengari sekaligus menjadikan universiti sebagai tempat yang terbaik bagi mengasah bakat-bakat kepimpinan dikalangan pelajar pelajar sekalian.

disetiap fakulti kebiasaanya sudah mempunyai calon-calon mereka sendiri tidak kiralah walaupun berada di semester 1 sehingga 5 mereka semua tetap diberikan peluang dan menjadikan pilihanraya sebagai medan persaingan yang sihat antara mereka.

tetapi adakah anda merasakan jika seseorang pelajar itu popular akan mempunyai kredibiliti untuk memimpin akan mempunyai peluang yang cerah untuk menang pilihanraya?

ataupun pelajar yang tidak popular tetapi memang hebat dari segala sudut mengenai selok belok dalam sesebuah industri akan menjadi perhatian pelajar-pelajar?

sama-sama fikirkan.....

populariti produktiviti...

Sunday, January 17, 2010

agm 2010

Saturday, January 16, 2010

selamat

selamat menghadapi pelbagai dugaan...AMIN

 
Blogger design by suckmylolly.com