Friday, May 14, 2010

mpp 2010/2011 dengan kerjasama GSS.


KENYATAAN MEDIA

Program Selangkah Transformasi: Inspirasi Bangsa 1 Malaysia di bawah Bayu merupakan sebuah program Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Malaysia bersama Persatuan Gabungan Siswa-Siswi Serantau (GSS) .

Hal ini kerana, objektif program ini seiring dengan misi Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011 iaitu “Inspiring Difference, Empowering Excellent” (Menginspirasikan Perbezaan, Memperkukuhkan Kecemerlangan) .

Diantara matlamat dan objektif program adalah Sebagai tanda sokongan kepada aspirasi Naib Canselor UiTM, Y. BHG Dato’ Prof Dr. Ir. Sahol Hamid Abu Bakar FASc untuk memberi peluang pendidikan kepada semua golongan masyarakat terutama penduduk desa yang berpendapatan rendah dalam program “Give Change A Chance” ,

Mempromosi program “Destini Anak Desa” khasnya dan program diploma dan ijazah amnya yang ditawarkan di UiTM, sebuah universiti yang dikhaskan untuk golongan Bumiputera Sabah/Sarawak dan Melayu.,

Menyahut seruan Universiti yang menginginkan program-program berbentuk akademik diperbanyakkan ,Bertukar-tukar fikiran dan pendapat serta idea di antara MPP UiTM Shah Alam dan MPP UiTM Sabah tentang isu-isu kebajikan pelajar di UiTM induk dan cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu selain dari mengeratkan perhubungan dan kerjasama yang erat antara UiTM kampus induk dan kampus-kampus cawangan.Program ini dijadualkan akan berlangsung pada

Tarikh : 11 -16 Mei 2010

Tempat : Kampung lipasu, Ranau, Sabah

Program usahama ini diharap dapat memberikan input yang bermanfaat kepada para mahasiswa yang terlibat dan masyrakat tempatan yang menjayakannya Disamping itu, perkongsian pemahaman budaya melalui program diharapkan dapat membantu mahasiswa amnya dan ahli majlis perwakilan pelajar amnya dalam merealisasikan pembudayaan konsep 1Malaysia di kalangan mahasiswa UiTM

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut hubungi: Mohamad Izzat bin Ismail 012-9728652


 
Blogger design by suckmylolly.com