Friday, August 29, 2008

merdeka...?ramadan...?BERpesta...?

hmm sedar x sedar kita da menyambut hari kemerdekaan ke 51.....yee mmg kita dah lame menyambut merdeka da lebih separuh abad..tpi aku x tau kenapa tahun ni merdeka langsung x da pape..bukan nak kate tgk bendera malah kempen pun langsung x da mcm tahun2 lepas...ha?? pe dia mybe pasal pilihan raya kat permatang pauh? aah mybe ye tpi kalu betul pun takkan la sampai lupakan semangat patriotik..oh kirenya politik ag penting r eh dari negara..so korg nilai r sendiri samada skg ni politik negara kita mcmaner...

berbalik pasal kemerdekaan...ni satu g pasan x kalu 31/8 ni merdeka pas2 1/9 ni puasa kan...so malam 30 mesti ada bunga api pas2 konsert bak kata lain mcm happy new year la kan...tpi cuba kalu kita pikir balik elok ke kita buat sume 2 dikala bulan Ramadan datang atau tiba?hormat ke kita bulan Ramadan yg datang cuma skali skala dan bertembung dengan merdeka?dan yg paling best dikal kita sedang seronok menjerit melaungkan merdeka bangun ke kita untuk bangun sahur keesokan hari atau sedar ke kita kita dah berada didalam bulan ramadan?yg pastinya pulak mesti malam 2 bermacam2 benda yg terjadi almaklumlah besok 2 da puasa bak kata org skg"last kopek"...

so kita pikirlah ek....cner nak wat kan.....mybe anak bulan dah susah nak nampak ye la da banyak sgt bunga api kene bakar mesti r asap pun banyak ye tak??ada sape2 nak jawab?

Kenyataan Prof Ibrahim didakwa berbaur perkauman

"Dipetik dari artikel Malaysia Kini 29 ogos 2008"

Wanita MCA hari ini menuduh Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Seri Prof Ibrahim Abu Shah menjadikan pendidikan sebagai isu perkauman.Timbalan Ketuanya, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, akhbar Sin Chew Daily telah melaporkan semalam bahawa Ibrahim mendakwa pihak swasta enggan mengambil graduan UiTM bekerja."Artikel itu juga melaporkan beliau tetap dengan pendiriannya yang enggan membuka kuota 10 peratus tempat di UiTM kepada bukan bumiputera," kata Chew sambil melahirkan kekecewaannya terhadap kenyataan naib canselor UiTM itu."

Jika ada orang yang cuba menghasut majikan supaya jangan menerima graduan UiTm, kita mesti mengecamnya," katanya.Beliau turut melahirkan kebimbangannya terhadap tindakan ahli-ahli pendidikan yang didakwanya memainkan isu-isu perkauman."Walaupun Prof Ibrahim adalah naib canselor sebuah institusi pengajian tinggi, tetapi kerangka pemikiran beliau nampaknya masih mempunyai unsur-unsur perkauman. "Beliau nampaknya telah menukar pendidikan menjadi isu perkauman," kata Chew sambil menambah, Ibrahim juga telah membangkitkan sentimen perkauman pelajar yang boleh menjejaskan keharmonian negara.

p/s:so sape nak komen?

 
Blogger design by suckmylolly.com