Thursday, September 24, 2009

Nak tumpang boleh tak.....

semua orang tahu tentang hantu samada pernah berjumpa atau terserempak apatah lagi diganggu oleh "mereka".Jika sebelum ini saya sering mendengar atau melihat secara tidak sengaja benda tersebut,maka malam tadi saya "diuji" semasa habis selesai membeli barang-barang dapur untuk pulang ke Shah Alam.Cerita bermula sebaik sahaja saya selesai memasukkan barang didalam kereta.

Mungkin kerana bertiga ditemani oleh adik dan ayah,itulah sebabnya saya tidak berasa takut atau gemuruh apabila berlaku kejadian seperti ini.Sesudah memasukkan barang saya dengan selamba menolak troli yang telah digunakan tadi ke arah tong sampah yang berhampiran.Bunyinya agak biasa dan saya juga beranggapan begitu,terdetik di hati untuk melihat sesuatu di bawah kereta kerana melihat seperti mula bercucuran turun dari enjin kereta....mungkin air air cond...bisik hati.

Selepas semua masuk,bermulalah sesuatu perkara yang sangat pelik...semasa saya memasukkan kunci kereta,ada satu bunyi seperti ini kreeeeeeekkkkk kreeeekkk tututuutut..din hadapan enjin....semua terkejut saya juga sama...saya bertnya kepada ayah tentang perkara tersebut dan segera kehadapan enjin untuk melihat apa yang sebenarnya berlaku.

Dihadapan ayah masih memeriksa enjin samada berlaku kerosakan atau tidak....Saya mula tertanya2 apa sebenarnya yg terjadi...bunyi masih tidak berhenti...satu perkara yang paling mengejutkan saya ialah apabila saya mula menarik kunci dari kereta dan menunjukkan kearah ayah...serentak dengan itu semua terkejut....

bunyi timing belt semakin kuat....seperti bunyi sesuatu yang mahukan perhatian....saya dan ayah mula bingung....saling memandang dan memberikan isyarat....saya kembali masuk ke dlm kereta dan membaca ayat2 Al Quran dan cube memasukkan kembali kunci kereta semoga ianya pulih kembali..

Alhamdulillah kali ini berjaya...saya segera meneruskan pemanduan dan keluar dari tempat tersebut..sambil mata sayup2 memandang ke arah troli tersebut...dalam hati terdetik tentang apa yang baru terjadi tadi...

Tidak terhenti disitu semasa memandu dalam 3minit sekali lagi saya "diuji" apabila viper di hadapan bergerak secara perlahan-lahan dan air mula dipancutkan ke arah cermin utama...saya berkata kepada ayah iaitu saya tidak pernah menekan atau memusingkan suis penekan...

Ayah dengan tenang memberitahu saya jangan takut….

Betul ke kami “ditemani”………

 
Blogger design by suckmylolly.com