Monday, August 25, 2008

starbucks+ipta=sokongan kepada ISRAEL..

Starbucks merupakan antara salah satu produk utama yang pernah disenaraikan untuk diboikot oleh PAS/Persatuan Pengguna Islam selain daripada Colgate dan Coca-cola. Ini kerana syarikat tersebut dikenal pasti membuat sumbangan secara langsung kepada negara Israel yang diketahui melakukan pencerobohan keatas negara Palestin sejak 60 tahun yang lalu.
Jadi kita sebagai umat Islam dan rakyat yang prihatin hendaklah melakukan protes sebagai tanda bantahan keatas kezaliman mereka. Sebagai rakyat biasa, langkah terbaik bagi kita mungkin untuk memboikot barangan mereka, yang mana akan memberi kesan kepada pulangan keuntungan dan membuatkan mereka berfikir semula kewajaran mereka untuk bersekongkol dengan Israel.

Saya bukanlah anti kepada perniagaan mereka, tetapi ini sebagai tanda protes umat Islam terhadap keceluparan pihak pengurusan Starbucks yang pernah mengumumkan bahawa mereka akan menggunakan sebahagian daripada untung yang diperoleh untuk membantu "perjuangan" mereka di Palestin.

Perjuangan apa ini? Perjuangan untuk mengusir penduduk asal Palestin dari tanah air mereka sendiri?

Bagaimana kita sebagai sebuah negara Islam (yang juga bekas Pengerusi OIC) yang menentang keras pencerobohan Israel ke atas Palestin boleh menyokong idea tersebut. Kita secara tidak langsung telah membantu menguatkan ekonomi Israel.

Jika pun kita tidak seradikal untuk menghalau Starbucks keluar dari bumi Malaysia atau sekurang-kurangnya melancarkan kempen untuk memboikot barangan keluaran mereka/yang menyumbang kepada kekuatan mereka, janganlah sampai kita menambahkan kekuatan ekonomi mereka secara tidak langsung.

Sebagai alternatif, mengapa tidak dicadangkan kedai makan/kafe yang beroperasi dalam IPTA untuk meyediakan sendiri perkhidmatan wifi. Mereka hanya perlu mempunyai satu akaun internet dan membuat sambungan wireless sendiri.

Ini secara tidak langsung memberi idea kepada mereka untuk meningkatkan kualiti perniagaan dan juga memberi pendedahan tentang teknologi wireless, seperti kata pepatah "serampang dua mata".Mungkin apa yang kita boleh pelajari disini ialah bagaimana mereka menguruskan perniagaan sehingga mampu membuka sekian banyak cawangan, dan juga menjadi pilihan orang ramai untuk minum sambil lepak menikmati perkhidmatan wireless percuma.

habis....punah.....rosak.....

malam tadi ada perasmian kebudayaan...dan tetamunya timbalan hep,mpp,ketua projek dan staff2 uitm...k ni aku list kan ape yg habis,punah dan rosak pasal event malam 2...bukan nak memalukan sesiapa tapi just bagi pandangan sebagai orang yang blehla dikirakan sebagai orang tua dalam event management ni...

  1. dari segi kontijen perarakan yang tidak sempurna dan tidak semua blok menyertai perarakan (dimaklumkan tetapi banyak blok yg x hantar......bermakna ada miss communication)
  2. schedule event yg tidak teratur(senarai blok yg masuk tak mengikut seperti biasa...sape sampai dulu dia yg masuk..ni mybe ada pro dan kontra..sape tau?)
  3. mc yg bertugas malam 2....sebutan yg tak jelas dan kabur...banyak annoying dalam masa yg same x pandai nak cover dan pegang audience...agak kelam kabut.
  4. mc lagi..ni masalah terbesar kerana tidak mengikut protokol....hanya sebut timblan hep(pada masa yg sama mpp dan ketua projek serta penasihat kelab ada kat situ...ape neh...x ckp pun)
  5. mc lagi.....sebut name cik baharin pun salah...2 menunjukkkan yg dia last minit wat persiapan(setiap org wat salah tpi dia bukan pertama kali jadi mc k....lambat respon plak 2 masa dah wat salah..)
  6. lagu rasmi yg digunakan...negaraku da cantek......masuk uitm di hatiku da pakai lagu lama...2 kire ok still lagu uitm..(tup2 pas2 wawasan setia pelajar budak dah tunggu lama asal x kuar2....bile kua lagu uitm d hatiku balik..ape neh?(septotnya dorg da prepare kan lagu2 2..dan bukan slahkan maintanence ckp cri lagu.dorg cume playkan je k....)
  7. interaction dengan audience...punah....x pandai nak jaga audience...patotnya soh r audience bertenang ke....duduk dulu ke...ni bia jek nunggu nak nyanyi lagu yg slah 2....
  8. caye x...tetibe masa bacaan doa.budak yg sepatotnya bace 2 da ilang or x da..pas2 kelam kabut soh cari sape leh bacekan doa...(MAIN2 KE BENDA 2??) n then pick je jadi bidan terjun...da bce plak fast track.x ingat tol....
  9. crowd yg mmg x ramai langsung..separuh padang kawad x penuh.yg datag plak pas duduk terus cabut..mybe da test or quiz.tpi da x ramai slah sape??(dorang ke?)
  10. organization yg kelam kabut...tak tau mane satu nak wat dulu......

last2....aku ngan abah da pening tgk...aku pun start moto terus blah....bukan pe cume nak dijadikan sebagai benda yg boleh mengajar aku 4 doing a better masa penutup feskem t.....aku pun bukan hebat tpi kalu nak jadi hebat menda2 ni harus dielakkan tol x.........

so cukup ngan masalah2 2??korg rasa event 2 hebat?power??gempak???

 
Blogger design by suckmylolly.com