Friday, May 30, 2008

eleh..kecoh ezam masuk UMNO...media bias!!!

Izam banyak menimbulkan masalah kepada PKR. Pemergian beliau adalah “good-ridden.” Selama berada dalam PKR, beliau banyak menyusahkan pemimpin khasnya Presiden PKR, Datin Sri Wan Azizah dan juga Ketua Umum parti itu, Datok Sri Anwar Ibrahim. Dengan pemimpin PKR yang lain, beliau mendapati sukar untuk mencari keserasian.
PKR tidak memerlukan kedua-dua Ezam dan Azmin di atas satu pentas, seorang sahaja sudah cukup. Azmin jauh lebih serasi dan berdedikasi dengan PKR berbanding Ezam. Azmin juga lebih serasi bekerja dengan DSWA dan DSAI dan juga pemimpin-peminpin PKR yang lain berbanding Ezam.
Ezam sudah tidak relevan lagi kepada PKR dan Pakatan Rakyat dan pemergian beliau ke gelanggang UMNO menjadikan beliau semakin tidak relevan dalam pesada politik tanah air.
Perjuangan GERAK tidak serasi dengan kepimpinan UMNO. Pemimpin UMNO boleh diibaratkan sebagai lalat yang suka kepada benda kotor. Kalau Ezam hendak membawa lalat ke tempat yang wangi dan menyuruh lalat menghidu dan makan benda yang wangi dan baik, beliau bermimpi di siang hari. All the best to new minister, Ezam Mohd Nor.

0 cekodok:

 
Blogger design by suckmylolly.com