Kebanyakan alim ulamak atau guru-guru agama atau mufti-mufti, pensyarah agama adalah seperti robot. Mereka hanya mengikut apa yang telah diprogramkan sahaja kepada mereka. Kerana mereka tidak ada daya berfikir. Programmer mereka adalah terdiri daripada ahli-ahli kitab. Apa-apa yang diperkatakan oleh mereka mengikut yang diprogramkan oleh ahli kitab kepada mereka. Mereka juga tidak tahu dan tidak boleh membeda di antara benar atau salah, buruk atau baik, untung atau rugi, daripada Tuhan ataupun daripada syaitan.
Mereka tidak ada pengetahuan yang di luar dari yang telah diprogramkan kepada mereka. Mereka juga tidak boleh membuat penyelidikan dan menganalisa atau menilai dan menimbang serta mengira tentang sesuatu hal atau perkara. Mereka hanya boleh berkata mengikut apa-apa yang diprogramkan kepada mereka. Kerana mereka adalah klon daripada ahli kitab.
Robot-robot tersebut adalah produk yang dikeluarkan daripada kilang 'Universiti Al Azhar', ataupun dari kilang Pakistan kerana labour cost di situ adalah rendah. Mereka ada dua brand yang berbeza. Robot-robot tersebut tidak diprogramkan untuk mentadbir negara atau membangunkan negara. Robot-robot tersebut dicipta khas untuk membuat kerosakan kepada tanaman-tanaman dan tumbuh-tumbuhan. Maintenance robot-robot itu juga amat tinggi untuk dibiayai oleh pihak kerajaan.
Tetapi robot-robot itu sudah diupgradekan fungsinya. Ada yang telah pandai menggunakan komputer. Robot-robot tersebut tidak ada dibekalkan dengan jiwa dan hati. Sebab itu ia tidak dapat merasa dan faham.
Memori disk robot-robot tersebut juga adalah yang ketinggalan zaman yang perlu ditukar dengan memori disk yang baru dan yang up to-date.
Yang benar,
Abdul Kahar Bin Ahmad
Rasul Allah
Artikel dari http://messengerofgodtoday.blogspot.com/ (RASUL KAHAR)
0 cekodok:
Post a Comment