Program Selangkah Transformasi: Inspirasi Bangsa 1 Malaysia di bawah Bayu merupakan sebuah program Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Malaysia bersama Persatuan Gabungan Siswa-Siswi Serantau (GSS) .
Hal ini kerana, objektif program ini seiring dengan misi Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011 iaitu “Inspiring Difference, Empowering Excellent” (Menginspirasikan Perbezaan, Memperkukuhkan Kecemerlangan) .
Diantara matlamat dan objektif program adalah Sebagai tanda sokongan kepada aspirasi Naib Canselor UiTM, Y. BHG Dato’ Prof Dr. Ir. Sahol Hamid Abu Bakar FASc untuk memberi peluang pendidikan kepada semua golongan masyarakat terutama penduduk desa yang berpendapatan rendah dalam program “Give Change A Chance” ,
Mempromosi program “Destini Anak Desa” khasnya dan program diploma dan ijazah amnya yang ditawarkan di UiTM, sebuah universiti yang dikhaskan untuk golongan Bumiputera Sabah/Sarawak dan Melayu.,
Menyahut seruan Universiti yang menginginkan program-program berbentuk akademik diperbanyakkan ,Bertukar-tukar fikiran dan pendapat serta idea di antara MPP UiTM Shah Alam dan MPP UiTM Sabah tentang isu-isu kebajikan pelajar di UiTM induk dan cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu selain dari mengeratkan perhubungan dan kerjasama yang erat antara UiTM kampus induk dan kampus-kampus cawangan.Program ini dijadualkan akan berlangsung pada
Tarikh: 11 -16 Mei 2010
Tempat: Kampung lipasu, Ranau, Sabah
Program usahama ini diharap dapat memberikan input yang bermanfaat kepada para mahasiswa yang terlibat dan masyrakat tempatan yang menjayakannya Disamping itu, perkongsian pemahaman budaya melalui program diharapkan dapat membantu mahasiswa amnya dan ahli majlis perwakilan pelajar amnya dalam merealisasikan pembudayaan konsep 1Malaysia di kalangan mahasiswa UiTM
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut hubungi: Mohamad Izzat bin Ismail 012-9728652
RANCANGAN: Kisah Kejayaan Anak UitmSIARAN: Radio UFM
TAJUK: Datuk Seri Azalina bin Othman SaidMASA:
PENULIS: MOHAMAD IZZAT BIN ISMAILJ/MASA: 13:00 minit
PENERBIT: MOHAMAD IZZAT BIN ISMAIL
CD: MUZIK PENGENALAN
JH: Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pendengar setia Radio UFM. Semoga semua sihat dan ceria-ceria pada hari yang indah ini. Hari ini anda semua akan ditemani saya, Mohamad Izzat bin Ismail yang akan mengendalikan rancangan dokumentari Kisah Kejayaan Anak Uitm yang sentiasa popular di kalangan pendengar. Rencana pada kali ini agak menarik kerana saya akan menceritakan tentang seorang individu yang popular dan masih diingati walaupun pernah berdepan pelbagai kontroversi didalam kehidupannya, individu yang dimaksudkan ialah Datuk Seri Azalina bin Othman Said.
CD: MUZIK PENGENALAN
JH: Untuk pengetahuan saudara pendengar sekalian, Datuk Seri Azalina bin Othman merupakan seorang dari beribu penuntut Uitm yang telah berjaya di dalam bidang yang diceburi. Sebelum saya menceritakan dengan lebih lanjut tentang kejayaan beliau eloklah jika saya menceritakan sedikit tentang latar belakang beliau. Dilahirkan di Johor Bahru pada 31 Disember 1963, Datuk Seri Azalina memulakan pendidikan universitinya di Institut Teknologi Mara atau sekarang lebih dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara (Uitm) dalam bidang Diploma Pentadbiran Awam.
Selepas itu beliau menyambung pengajianya di Universiti Malaya dalam bidang undang-undang dan tamat pada tahun 1988,sebelum berhijrah ke luar Negara untuk mengambil bidang Politik Sains dan Ekonomi di United Kingdom London pada tahun 1990.
Selepas itu bermulalah detik kerjaya beliau di Malaysia pada tahun 1988 hingga 1994 dengan menjadi seorang peguam di firma guaman diMessr Raja Darryl & Loh. Selain dari menjadi peguam beliau juga adalah seorang “host” atau pengacara rancangan bual bicara yang sering membincangkan hal ehwal semasa dan juga politik seperti rancangan “DATELINE MALAYSIA” dan “LIDAH PENGARANG” di ntv7.
CD: MUZIK SELINGAN
Sebenarnya, sifat terpuji yang dimiliki beliau sebagai seorang wanita muda kreatif kelahiran negeri Johor ini bukanlah menjadi sesuatu yang rahsia kepada rakan-rakan rapatnya, Ini kerana, boleh dikatakan hampir setiap program yang bakal dilaksanakan terutamanya yang melibatkan kementerian yang pernah didokongnya seperti , Kementerian Pelancongan Malaysia pasti akan mendapat `sentuhannya’ terlebih dahulu, sebelum ia dilaksanakan.
Paling tidakpun, beliau akan turun ke tapak program tersebut untuk melihat dengan mata kepalanya sendiri setiap persiapan yang dilakukan, dalam usaha bagi memastikan majlis yang bakal dilaksanakan berjalan dengan lancar dan sempurna sepertimana yang dirancangkan.
Sifat ambil berat dan prihatinnya itu sekali lagi terserlah, Dan sikap terpuji yang dimilikinya dan seharusnya turut menjadi amalan menteri-menteri lain juga itu dikatakan menjadi antara rahsia utama kejayaannya selama ini.
CD: MUZIK SELINGAN
JH:Umum mengetahui beliau adalah seorang wanita yang aktif didalam kegitatan dunia politik di tanah air ,buktinya beliau adalah Naib Presiden Pergerakan Puteri UMNO pada tahun 2001 hingga 2002 dimana Presidennya ketika itu adalah Tun Dr Mahathir Mohamad. Selain itu pada tahun 2000 hingga 2004 beliau juga adalah Ketua Perhubungan Anti-Jenayah UMNO di Sungai Way pada Ogos 2000.
Tidak dapat disangkal lagi kewibawaaan beliau sebagai seorang pemimpin terus dipercayai apabila beliau diberi tanggungjawab untuk mengemudi salah satu komponen terpenting sayap UMNO iaitu PUTERI UMNO pada tahun 2002 dan seterusnya secara automatik dilantik sebagai salah seorang dari enam calondari Timbalan Presiden ke Presiden Puteri UMNO.
CD: MUZIK SELINGAN
Kemuncak kerjaya dalam politiknya bermula apabila dilantik menganggotai menteri kabinet sebagai Menteri Belia dan Sukan pada 31 Mac 2004 sehingga 7 Mac 2008. Selama 3 tahun mengemudi kementerian itu, beliau telah banyak memberikan peluang khususnya kepada remaja dan atlet-atlet sukan bagi terus mengembangkan bakat di pentas dunia.
Tidak berakhir di kementerian sukan, kerajaan memberikan peluang kepada beliau untuk mengetuai Kementerian Perlancongan pada 18 mac 2008 sehingga 9 april 2009. Setahun bersama kementerian itu jelas menampakkan perubahan ketara industri perlancongan negara kita. Buktinya, Malaysia telah menjadi tuan rumah dalam pelbagai sukan dan perlancongan seperti Le Tour de Langkawi, Formula One Sepang, dan Monsoon Cup di Terengganu.
Namun langit tidak selalunya cerah pada 11 Mac 2009, beliau telah ditahan oleh Badan Pencegah Rasuah diatas tuduhan politik wang sebanyak RM70,000 yang dijumpai di dalam keretanya bagi tujuan pemilihan agung UMNO pada April 2009. Namun itu bukan pematah semangat beliau untuk terus berkhidmat dengan ikhlas dan telus demi mengembalikan kepercayaan orang ramai terhadap dirinya kembali cerah.
Walaupun begitu, beliau bertekad untuk menabur bakti terhadap negara dengan menjadi penaung kelab-kelab bukan kerajaan dan masih bergiat aktif.dengan menolong kempen-kempen pilihan raya yang telah diadakan. Ini semua diadakan kerana perasaan cinta dan saying beliau terhadap negara yang tercinta.
CD: MUZIK SELINGAN
JH:Bukan sekadar aktif di dalam arena politik negara, Datuk Seri Azalina juga telah mengondol beberapa anugerah di luar Negara antaranya Anugerah Pemimpin pada Hari Esok dari World Economic Forum, Davos, Switzerland. Kejayaan seperti ini amat membanggakan Negara kerana ianya jarang-jarang dimenangi. Tambahan pula,beliau adalah dari kaum wanita, yang sekaligus meningkatkan lagi kualiti kepimpinan kaum hawa di Negara kita. Tidak cukup dengan itu,di dalam Negara pula beliau telah memperoleh pelbagai anugerah antaranya ialah:
SSAP - Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang
SPMP - Darjah Seri Paduka Mahkota Perak
DGMK - Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah
DPMS - Darjah Paduka Mahkota Selangor
PGDK - Panglima Gemilang Darjah Kinabalu
Kesemua anugerah yang dimiliki itu amat membanggakan beliau. Sudah terang lagi bersuluh bahawa Datuk Seri Azalina sememangnya layak dianugerahkan seperti mana yang telah berjaya diraih.
CD:MUZIK PENUTUP
JH: Pendengar dihormati sekalian, nampaknya setakat ini sahaja yang boleh saya bicarakan mengenai kisah kejayaan anak Uitm pada minggu ini. Apa yang pasti jadikanlah kisah kejayaan Datuk Seri Azalina sebagai pemangkin semangat kita semua untuk berjaya. Jika beliau sanggup menempuhi pelbagai dugaan untuk menjadi dirinya berjaya kini,kita seharusnya mempunyai sifat yang sama. Bak kata pepatah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.Janganlah kita mudah patah semangat apabila diberikan ujian hidup.Oleh kerana masa begitu mencemburui kita, setakat ini sahajalah pertemuan kita pada hari ini.
Semoga para pendengar mendapat manfaat daripada rancangan kami.Baiklah nampaknya sampai disini sahaja yang dapat saya sampaikan. Semoga anda semua terhibur dan mendapat info yang berguna bersama saya pada hari ini. Semoga kita bersua lagi di lain masa dan waktu salam hormat daripada saya Mohamad Izza bin Ismaildan semoga anda gembira selalu.Assalamualaikum.
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang segala pujian hanya bagi Allah tuhan sekalian alam selawat dan salam atas rasul junjungan Nabi Muhammad s.a.w
Ya Allah pada hari yang penuh keberkatan ini kami menadah tangan sambil melafazkan kesyukuran atas segala nikmat, rahmat, inayat dan pertolongan nikmat iman, nikmat kesejahteraan nikmat kemerdekaan, pembangunan dan keamanan
Ya Allah perbaikilah urusan dunia dan agama kami bersih dan suci pekerjaan kami berilah cahaya petunjuk-Mu kepada hamba-hambamu di dunia ini berilah kami ilham untuk mendapat jalan-Mu yang lurus peliharalah kami daripada segala kejahatan dan keburukan
Ya Allah yang maha berkuasa yang maha mulia yang maha bijaksana
Kami berdoa dan bermohon bukakanlah hati kami dengan pancaran iman sanubari kami dengan penuh yakin dan kepercayaan fikiran kami dengan ilmu pengetahuan jiwa dan rohani kami patuh dan taat kepada al quran dan hadis nabi akhir zaman
Ya Allah Ya Rahman kami memohon agar engkau jadikan Expo Cairex Melayu yang diadakan dari 16 hingga 18 Mac 2010 ini sebagai ekspo yang engkau berkati dan redhai semoga melalui ekspo ini dapat menjadi wadah yang dapat mengeratkan perpaduan antara kami dalam menghargai nikmat kemerdekaan demi agama, bangsa dan negara yang kami cintai kabulkanlah doa sekalian kami ya rabbal ‘alamin..
MPP Uitm bersama Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali
SHAH ALAM:9 MAC-Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Uitm yang turut sama menghadiri Sidang Meja Bulat MEB anjuran Majlis Permuafakatan Melayu (MPM) di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) kelmarin, bertegas agar kerajaan melihat kembali mengenai pelaksanaan kerajaan supaya tidak terburu-buru mengumumkan Model Ekonomi Baru (MEB) kerana bimbang ia bakal menimbulkan polemik dalam soal yang membabitkan hak serta kepentingan Melayu dan Bumiputera khususnya golongan mahasiswa UiTM.
Naib yang Dipertuanya Nasaruddin bin Ahmad berkata,perkara ini seharusnya diteliti dan dihalusi kerana masih ramai anak-anak muda melayu yang miskin dan kurang berkemampuan tidak dapat pembelaan yang seharusnya seperti menyambung pelajaran mahupun mendapat biasiswa ketika kerajaan mahu mengumumkan Model Ekonomi Baru (MEB)
MPP Uitm melalui persidangan tersebut turut membuat beberapa keputusan yang turut bakal diusulkan kepada Perdana Menteri antaranya mengekalkan subsidi bagi Uitm didalam sektor-sektor tertentu dan mengekalkan Uitm sebagai universiti untuk anak-anak bangsa melayu dan Bumiputra.
Sidang yang telah dirasmikan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir itu turut dihadiri 86 pemimpin dan wakil anggota MPM.
Jika MEB itu tidak menjadikan Perkara 153 sebagai teras, kami kepimpinan pelajar Uitm akan sedia bertindak mengikut saluran yang betul jika ia tidak dipenuhi dan diharapkan kuota Melayu dan Bumiputera dalam sektor-sektor strategik masih terpelihara.
Compare yourself with yourself. Not with others. Comparing what you have and your results to what other people have . I just love myself and will not change it. Love your self before love others.