Tuesday, June 3, 2008

Perlu ke kita Boikot Utusan dan Mingguan Malaysia...fikirkan.

Jikalau korang semua perasan.Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia tidak habis-habis menyiarkan laporan berbaur perkauman dan berat sebelah kepada kerajaan.
selepas pilihan raya umum lalu, akhbar-akhbar arus perdana sudah mula menunjukkan keterbukaan terhadap laporan mereka sedikit.

Namun, ada juga akhbar sebaliknya membuat laporan berat sebelah dan berbaur perkauman selain laporan yang tidak tepat terhadap pemimpin Pakatan Rakyat (PAS, DAP dan KeADILan<> "Yang paling teruk sekali ialah akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, mereka masih terus memburuk-burukkan pemimpin-pemimpin dalam pakatan secara tidaka dil seolah-olah mereka masih jalankan kempen pilihan raya walaupun pilihan raya telah tamat lebih tiga bulan lalu.

Utusan juga mengapi-apikan sentimen perkauman sempit dengan tujuan jelas menimpulkan kemarahan orang Melayu terhadap parti dan pemimpin utama Pakatan Rakyat.
Ini bukan bermaksud untuk kita menyokong mana-mana parti tetapi demi negara yang kononya sudah 5o tahun merdeka kebebasan media di negara kita masih lagi disekat oleh sesetengah pihak.

Pekata..Pengamal media dicabar kemuka tuntutan..ada berani?

Pening dengan media sekarang…
dengan lambakan pengaruh asing dan barat...
so pekata kita mencabar pengamal media di negara ini supaya bersatu dan seterusnya mengemukakan cadangan berhubung tuntutan mereka bagi kebebasan akhbar yang lebih baik…ada berani x?

Saya mencadangkan editor, wartawan kanan dan pihak lain yang berkaitan sama-sama mengemukakan cadangan kepada kerajaan dan menteri berkenaan bagi mengganti, meminda atau menyemak semula undang-undang sedia ada yang dianggap media sebagai menyekat kebebasan.

 
Blogger design by suckmylolly.com