Thursday, August 27, 2009

salah siapa...

(gambar hiasan sahaja)

Ya, rumah tangga jadi bergolak dengan sebab arak. Dan, banyak pemanduan yang sepatutnya selamat telah pun terbabas di jalan raya dengan sebab diserang kemabukan menggila ini.

Apa yang penting, kisah ini menunjukkan bahawa sehebat-hebat manusia itu, akhirnya telah dikalahkan dengan arak. Dan, tiba-tiba, ada seorang kenalan yang pertahankan pentadbiran Mahathir yang meluluskan arak, lalu seolah-olah dia telah 'menyalahkan' Tuhan sendiri sebagai Zat yang mencipta anggur. Hal inilah yang menyebabkan kita sedikit beremosi.

Kita juga pernah membeli kismis dalam kotak kecil dan kononnya kismis itu daripada California, Amerika, sebuah negara yang mana rakyatnya terbiasa dengan tabiat melanggah arak.

Bukan salah dadah. Dadah boleh digunakan secara bijaksana untuk proses rawatan. Bukan salah bom C4 ketika meletupkan tubuh Altantuya. Bom C4 itu boleh meletupkan alat senjata Israel jika Ahmad Zahid berani mengusik Ehud Barak.

Pada zaman kita ini, sudah ada van, lori Carlsberg yang mana pemandunya ialah orang Islam kita sendiri. Barangkali, sudah ada syarikat arak di papan pertama, kedua di Bursa Saham dan sudah ada kapitalis Melayu, orang Islam yang melabur dalam sektor perkilangan arak.

Pada zaman nabi, ada arak. Tapi, tiada van yang angkut arak. Tetapi, kalau operasi pengangkutan arak itu menggunakan unta, tiadalah kita tahu.

Yang kita pernah dengar, ketika turunnya ayat ketiga mengenai arak dan mengharamkannya, maka telah banjir seluruh Madinah dengan arak. Tong-tong arak telah dipunggah oleh para sahabat!

Yang penting, apakah ada fatwa yang mengharamkan orang-orang Islam daripada menjadi pemandu van, lori Carlsberg dan lain-lain syarikat arak ini? Bukankah hal ini juga sama dengan hal mengangkat arak untuk dijual di premis perniagaan dan hotel?

Syahadan ada seorang wanita model sambilan bernama Khartika yang akan dihukum sebat dengan sebab meminum arak. Menurut laporan akhbar, beliau adalah wanita pertama yang akan dihukum dan tiada hukuman sebat bagi pesalah wanita dalam kes sivil.

Sebatan rotan itu pula dikatakan tiada ruas, tiada buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter. Sementara itu, ukur lilitnya tidak melebihi 0.0125 meter.

Berlemah-lembutlah ke atas wanita yang telah insaf ini. Khartika tidak melarikan diri dari hukuman dan negara sepatutnya bersikap lemah lembut terhadap wanita yang sudah bersedia mengakui kesalahan.

Jadi apakah pendapat anda??salah siapa....

p/s:kilang arak bukan main besar dekat shah alam...

kenapa??

Saban tahun di negara kita setiap bulan OGOS semua sudah tentu tahu mengenai tarikh kemerdekaan kita iaitu pada 31 OGOS 1957..

Tetapi pada tahun ini entah dimana silapnya tradisi seperti itu tidak lagi menjadi rutin bagi penduduk di Malaysia pada tahun ini..

Mungkin disebabkan oleh wabak yang sedang melanda seperti H1N1??
ataupun pilihanraya kecil yang kebetulan singgah di bulan kemerdekaan??
adakah disebabkan kedatangan bulan mulia seperti RAMADAN..?sudah tentu tidak..
itu semua bukan alasan untuk kita kerana sudah 52tahun mencapai kemerdekaan.

Bagi mereka yang tidak mengibarkan Jalur Gemilang itu bolehlah dianggap sebagai rakyat yang tidak mempunyai kesedaran kepada diri sendiri. Mereka juga boleh dikategorikan sebagai rakyat yang mempunyai tahap pemikiran rendah terhadap negara hingga tidak berminat mengibarkan Jalur Gemilang pada hari bersejarah ini.

Kesal apabila sambutan hari bersejarah itu semakin pudar dan tidak semeriah beberapa tahun lalu.

Kempen mengibarkan Jalur Gemilang sempena ulang tahun kemerdekaan bukan sesuatu yang remeh tetapi sebagai tanda penghormatan dan menunjukkan semangat patriotik kepada negara.

SUDAHKAH ANDA MENGIBARKAN JALUR GEMILANG??


pemilik premis perniagaan meminta mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan kemerdekaan negara.

 
Blogger design by suckmylolly.com