Tuesday, January 6, 2009

relevankah PBB untuk keamanan pada masa sekarang??


seperti mana yg dapat anda saksikan bagaimana seorang bapa menangis dan meraung kerana melihat tiga mayat anaknya mati sekaligus hasil daripada perbuatan tidak bertanggungjawab tentera Israel akibat bedilan kereta kebal awal pagi kelmarin...

pelbagai pihak termasuk di seluruh dunia mula membuat bantahan keras mengenai kekejaman rejim israel dan serangan yg dilakukan ke atas palestin..kebiasaanya apabila berlaku perkara seperti ini kesemua mata tertumpu kepada satu pertubuhan yang mewakili keseluruh negara pada amnya iaitu PBB.

tetapi kini pertubuhan tersebut mula dianggap sebagai boneka dikalangan negara-negara yg lain..semua sedia maklum negara yg berkuasa besar seperti amerika dan sekutu sekutunya memainkan peranan penting dalam pelaksanaan operasi ketenteraan seperti mana yang berlaku di afganistan,iraq dan sekarang palestin..

PBB yang diharapkan menjadi platform untuk keamanan mula terhakis kredibilitinya.. sepatutnya badan itu harus melaksanakan genjatan senjata bgi mengelakkan negara2 lain menjadi mangsa rakus kekejaman negara2 yg berkuasa dan berpegaruh...

persoalannya sekarang jikalau semua sudah maklum PBB bertindak seperti boneka dan hanya akan berdiam diri seperti semua sedia maklum dalam menyuarakan suara2 keamanan....
tidak adakah satu pertubuhan yg mampu menyuarakan perkara seperti ini...
kita ada oic,nam,komonwel dan mcm2 lagi negara2 ISLAM dimanakah semua pertubuhan ini....??

pikiruntukpercayadotblogspot

 
Blogger design by suckmylolly.com