RANCANGAN: Kisah Kejayaan Anak Uitm SIARAN: Radio UFM
TAJUK: Datuk Seri Azalina bin Othman Said MASA:
PENULIS : MOHAMAD IZZAT BIN ISMAIL J/MASA: 13:00 minit
PENERBIT: MOHAMAD IZZAT BIN ISMAIL
CD: MUZIK PENGENALAN
JH: Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pendengar setia Radio UFM. Semoga semua sihat dan ceria-ceria pada hari yang indah ini. Hari ini anda semua akan ditemani saya, Mohamad Izzat bin Ismail yang akan mengendalikan rancangan dokumentari Kisah Kejayaan Anak Uitm yang sentiasa popular di kalangan pendengar. Rencana pada kali ini agak menarik kerana saya akan menceritakan tentang seorang individu yang popular dan masih diingati walaupun pernah berdepan pelbagai kontroversi didalam kehidupannya, individu yang dimaksudkan ialah Datuk Seri Azalina bin Othman Said .
CD: MUZIK PENGENALAN
JH: Untuk pengetahuan saudara pendengar sekalian, Datuk Seri Azalina bin Othman merupakan seorang dari beribu penuntut Uitm yang telah berjaya di dalam bidang yang diceburi. Sebelum saya menceritakan dengan lebih lanjut tentang kejayaan beliau eloklah jika saya menceritakan sedikit tentang latar belakang beliau. Dilahirkan di Johor Bahru pada 31 Disember 1963, Datuk Seri Azalina memulakan pendidikan universitinya di Institut Teknologi Mara atau sekarang lebih dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara (Uitm) dalam bidang Diploma Pentadbiran Awam.
Selepas itu beliau menyambung pengajianya di Universiti Malaya dalam bidang undang-undang dan tamat pada tahun 1988,sebelum berhijrah ke luar Negara untuk mengambil bidang Politik Sains dan Ekonomi di United Kingdom London pada tahun 1990.
Selepas itu bermulalah detik kerjaya beliau di Malaysia pada tahun 1988 hingga 1994 dengan menjadi seorang peguam di firma guaman di Messr Raja Darryl & Loh. Selain dari menjadi peguam beliau juga adalah seorang “host” atau pengacara rancangan bual bicara yang sering membincangkan hal ehwal semasa dan juga politik seperti rancangan “DATELINE
CD: MUZIK SELINGAN
Sebenarnya, sifat terpuji yang dimiliki beliau sebagai seorang wanita muda kreatif kelahiran negeri Johor ini bukanlah menjadi sesuatu yang rahsia kepada rakan-rakan rapatnya, Ini kerana, boleh dikatakan hampir setiap program yang bakal dilaksanakan terutamanya yang melibatkan kementerian yang pernah didokongnya seperti , Kementerian Pelancongan Malaysia pasti akan mendapat `sentuhannya’ terlebih dahulu, sebelum ia dilaksanakan.
Paling tidakpun, beliau akan turun ke tapak program tersebut untuk melihat dengan mata kepalanya sendiri setiap persiapan yang dilakukan, dalam usaha bagi memastikan majlis yang bakal dilaksanakan berjalan dengan lancar dan sempurna sepertimana yang dirancangkan.
Sifat ambil berat dan prihatinnya itu sekali lagi terserlah, Dan sikap terpuji yang dimilikinya dan seharusnya turut menjadi amalan menteri-menteri lain juga itu dikatakan menjadi antara rahsia utama kejayaannya selama ini.
CD: MUZIK SELINGAN
JH:Umum mengetahui beliau adalah seorang wanita yang aktif didalam kegitatan dunia politik di tanah air ,buktinya beliau adalah Naib Presiden Pergerakan Puteri UMNO pada tahun 2001 hingga 2002 dimana Presidennya ketika itu adalah Tun Dr Mahathir Mohamad. Selain itu pada tahun 2000 hingga 2004 beliau juga adalah Ketua Perhubungan Anti-Jenayah UMNO di Sungai Way pada Ogos 2000.
Tidak dapat disangkal lagi kewibawaaan beliau sebagai seorang pemimpin terus dipercayai apabila beliau diberi tanggungjawab untuk mengemudi salah satu komponen terpenting sayap UMNO iaitu PUTERI UMNO pada tahun 2002 dan seterusnya secara automatik dilantik sebagai salah seorang dari enam calon dari Timbalan Presiden ke Presiden Puteri UMNO.
CD: MUZIK SELINGAN
Kemuncak kerjaya dalam politiknya bermula apabila dilantik menganggotai menteri kabinet sebagai Menteri Belia dan Sukan pada 31 Mac 2004 sehingga 7 Mac 2008. Selama 3 tahun mengemudi kementerian itu, beliau telah banyak memberikan peluang khususnya kepada remaja dan atlet-atlet sukan bagi terus mengembangkan bakat di pentas dunia.
Tidak berakhir di kementerian sukan, kerajaan memberikan peluang kepada beliau untuk mengetuai Kementerian Perlancongan pada 18 mac 2008 sehingga 9 april 2009. Setahun bersama kementerian itu jelas menampakkan perubahan ketara industri perlancongan negara kita.
Namun langit tidak selalunya cerah pada 11 Mac 2009, beliau telah ditahan oleh Badan Pencegah Rasuah diatas tuduhan politik wang sebanyak RM70,000 yang dijumpai di dalam keretanya bagi tujuan pemilihan agung UMNO pada April 2009. Namun itu bukan pematah semangat beliau untuk terus berkhidmat dengan ikhlas dan telus demi mengembalikan kepercayaan orang ramai terhadap dirinya kembali cerah.
Walaupun begitu, beliau bertekad untuk menabur bakti terhadap negara dengan menjadi penaung kelab-kelab bukan kerajaan dan masih bergiat aktif.dengan menolong kempen-kempen pilihan raya yang telah diadakan. Ini semua diadakan kerana perasaan cinta dan saying beliau terhadap negara yang tercinta.
CD: MUZIK SELINGAN
JH:Bukan sekadar aktif di dalam arena politik negara, Datuk Seri Azalina juga telah mengondol beberapa anugerah di luar Negara antaranya Anugerah Pemimpin pada Hari Esok dari World Economic Forum, Davos, Switzerland. Kejayaan seperti ini amat membanggakan Negara kerana ianya jarang-jarang dimenangi. Tambahan pula,beliau adalah dari kaum wanita, yang sekaligus meningkatkan lagi kualiti kepimpinan kaum hawa di Negara kita. Tidak cukup dengan itu,di dalam Negara pula beliau telah memperoleh pelbagai anugerah antaranya ialah:
SSAP - Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang
SPMP - Darjah Seri Paduka Mahkota Perak
DGMK - Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah
DPMS - Darjah Paduka Mahkota Selangor
PGDK - Panglima Gemilang Darjah Kinabalu
Kesemua anugerah yang dimiliki itu amat membanggakan beliau. Sudah terang lagi bersuluh bahawa Datuk Seri Azalina sememangnya layak dianugerahkan seperti mana yang telah berjaya diraih.
CD:MUZIK PENUTUP
JH: Pendengar dihormati sekalian, nampaknya setakat ini sahaja yang boleh saya bicarakan mengenai kisah kejayaan anak Uitm pada minggu ini. Apa yang pasti jadikanlah kisah kejayaan Datuk Seri Azalina sebagai pemangkin semangat kita semua untuk berjaya. Jika beliau sanggup menempuhi pelbagai dugaan untuk menjadi dirinya berjaya kini,kita seharusnya mempunyai sifat yang sama. Bak kata pepatah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.Janganlah kita mudah patah semangat apabila diberikan ujian hidup.Oleh kerana masa begitu mencemburui kita, setakat ini sahajalah pertemuan kita pada hari ini.
Semoga para pendengar mendapat manfaat daripada rancangan kami.Baiklah nampaknya sampai disini sahaja yang dapat saya sampaikan. Semoga anda semua terhibur dan mendapat info yang berguna bersama saya pada hari ini. Semoga kita bersua lagi di lain masa dan waktu salam hormat daripada saya Mohamad Izza bin Ismail dan semoga anda gembira selalu.Assalamualaikum.
CD:MUZIK PENUTUP
0 cekodok:
Post a Comment