Thursday, June 12, 2008

apo nak dikato...



Engkau mahu apa
Dari kata-kata
Engkau tahu apa
Dari jiwa luka

Najib beli senjata, rakyat jadi papa
Najib beli senjata, minyak naik harga
Najib beli kapal, rakyat kena jual
Sukoi, kapal selam, rakyat yang tenggelam
Kapal Selam teruk, Serupa besi beruk
Ubah gaya hidup, Najib hidup mewah
Rosmah ramah tamah, madahnya berhelah

Hidup hanya rupa
Sebentar tiada
Jalan sementara
Jangan ngada-ngada

Pak Lah memang payah, rakyatlah yang susah
Kalimullah sesah, Kamaruddin ratah
Pahlah Layan anak, Mahathir naik lemak
Mirzan jual ubat, rakyat sakit tenat
Muhkriz aman-aman, tak usah lawan-lawan
Khairi jual projek pada Singapura
Kuan Yew dia respek, Khairi memang suspek
“Nori, Nori honey. Pak Lah, Pak Lah money.”
Siapa watak mana
Dunia pentas teater
Kita lakon dia
Saja suka-suka

Anwar jangan sibuk, jangan garuk-garuk
Tengok, jengok-jengok, mana yang berhabuk,
Kalau dah terhantuk tak guna nak mengamok
Lambat jadi bongkok, lemau tak mengaruk
Azizah tunjuk gagah, bukan suri rumah
Pimpin hingga rebah zalim dan yang salah
Lawan tetap lawan WAWI reformasi
Lawan tetap lawan WAWI reformasi

Raba-raba rasa
Riba-riba suka
Ribu-ribu bara
Rabak-rabak rasa

Khairy beli saham, tak ada tahan-tahan
Pak Lah tunggu ilham, tak ada keputusan
Rakyat makin geram, tak ada keadilan
Turun atas jalan, tak ada kegentaran
Tunjuk perasaan, tak ada ketakutan
Polispun menerkam, tak ada kemesraan
Gari dan belantan, tak ada kelembutan
Bantah! Bantah! Lawan! Tak ada penghabisan.

da muak da dengar..last2 nek gak...

Perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata harga petrol dan diesel tidak akan dinaikkan lagi tahun ini bagi mengurangkan bebanan rakyat.Pada masa yang sama, Abdullah juga mengumumkan bahawa gaji kakitangan kerajaan akan dibayar dua kali dalam sebulan mulai Ogos.

Katanya, keputusan itu dibuat walaupun harga minyak dunia dijangka berada pada paras yang tinggi pada bulan-bulan mendatang. Menurut laporan Bernama, harga sekarang akan dikekalkan walaupun harga minyak dunia mungkin mencecah AS$200 setong tahun ini, katanya di sidang akhbar di pejabatnya. Menurutnya, kerajaan tidak menetapkan had siling harga pasaran minyak dunia pada masa akan datang dalam mengekalkan jaminan kerajaan itu. Katanya, kerajaan sedar rakyat masih lagi sedang berusaha menyesuaikan diri dengan situasi harga minyak yang tinggi ketika ini.

Kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen atau 41 peratus kepada RM2.70 seliter, manakala harga diesel sebanyak RM1 atau 63 peratus kepada RM2.58 seliter, berkuatkuasa Khamis lalu.Harga tersebut telah disubsidi sebanyak 30 sen seliter petrol

p/s: banyak sgt cakap last2 ilang banyak kerusi kat parlimen..

huhu gaji kerajaan da dapt 2 x..bestnyek

haha ogos ni sume orang yg keje ngan krjaan akan dapt 2x gaji yg akan dibayar pada 15 dan 30 aribulan....hehe so sng sket r kita nak mintak duie ye r kan bese 15 aribulan sume da kering...tpi psni len plak cter pas 15 sume ckp duet da abes huhu..

p/s:gaji 2 kali ke skali ke same jek tetap gaji x nek2 hahah

 
Blogger design by suckmylolly.com