Wednesday, August 5, 2009

tambang baru Rapid KL



kenaikan bas rapid kl membebankan terutama bagi pelajar

Berikut adalah kadar baru tambang Bas rapidKL :

Bas TempatanSekarang : RM1.00 (pas harian)Baru : RM1.00 (sehala)

Bas BandarSekarang : RM2.00 (pas harian)Baru : RM1.00 (sehala)

Bas UtamaSekarang : RM2.00 (pas harian)Baru : bayaran mengikut zon
perjalanan satu zon - RM1.00 (sehala)
merentasi dua zon - RM1.90 (sehala)
merentasi tiga zon - RM2.50 (sehala)
merentasi empat zon - RM3.00 (sehala)

Bas EkspresSekarang : RM3.00 (sehala) dan

RM5.00 (pas harian)Baru : RM3.80 (sehala)

rapidKL juga akan menawarkan kadar diskaun 50% melalui tiket konsesi bagi pelajar sekolah berpakaian seragam, warga emas dan golongan orang kurang upaya bagi semua perkhidmatan bas Tempatan, Utama, Bandar dan Ekspres. Bagi mengurangkan bebanan, rapidKL menggalakkan pengguna yang menjadikan bas mereka sebagai kemudahan pengangkutan harian agar mendapatkan pas bulanan yang dikeluarkan mereka.


Berikut adalah kadar harga pas bulanan rapidKL :

(Pas Bulanan hanya akan mula dijual mulai 20 Ogos 2009)
Pas Bulanan perkhidmatan bas Tempatan - RM40 (baru)
Pas Bulanan untuk semua laluan bas Tempatan, Bandar dan Utama - RM100
Pas Bulanan Integrasi untuk semua laluan bas Tempatan, Bandar dan Utama serta perkhidmatan LRT aliran Kelana Jaya dan Ampang - RM150
Pas Bulanan Konsesi untuk semua laluan bas Tempatan, Utama dan Bandar (hanya untuk kegunaan pelajar sekolah berpakaian seragam, warga emas berumur 60tahun ke atas dan golongan orang kurang upaya (OKU) - RM50 (baru)



Sumber diambil dari laman web rapidKL



PELAJAR UiTM YANG MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN BAS rapidKL UNTUK KE FAKULTI DAN PUSAT BANDAR ADALAH DIGALAKKAN UNTUK MEMBELI PAS BULANAN APABILA MULA DIJUAL KELAK.

1 cekodok:

Anonymous said...

kalo dr batu caves ke sogo bape rm yer?
dan nak beli kat mna?
tq

 
Blogger design by suckmylolly.com