langkah beribu langkah ke destinasi yang dimimpi,
tiba terhenti tercari-cari haluan arah yang telah termusnah,
harapan tak akan sampaian,
hilang,hilangnya diri hanya menantikan bantuan,
bagaimanakah ini terjadi, kerdilnya diri bukan lagi Tuan,
Inikah rupanya nasib bangsaku,
Langkah demi langkah biarkan bertakdir ,
impian kan jadi terlaksana,
martabat diri ini tiada kan beerti tanpa usaha,janganlah leka,
Bertuah negaraku,semerbak harumnya,
insan keringat,oh bangsaku,
teruskan langkah ini,biarkan ia kekal,selamanya....
bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya,
bukan kah sejak zaman berzaman,
mereka menjadi pelaut,pengembara,
malah penakluk terkemuka?
bukankah mereka sudah mengembangkan sayap?
menjadi pedagang dan peniaga?
selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang?
bukankah bangsaku pernah mengaharung samudera?
menjajah dunia yang tak dikenal,
bukankah mereka pernah menjadi wira serantau?
yang tidak mengenal erti takut dan kematian.
Dimanakah silapnya?
Hari ini jalan ini,
Pasti semakin berliku,
Belum tentu menjanjikan syurga,
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa,
Kerana hanya yang cekal dan tabah,dapat membina mercu tanda,
Bangsa yang berjaya....

0 cekodok:
Post a Comment