Monday, May 18, 2009

H1N1: Penutup muka, herba naik harga



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan mengawal harga penutup muka dan juga herba Cina yang naik mendadak susulan kebimbangan wabak influenza A (H1N1).

Timbalan menterinya Datuk Tan Lian Hoe kedua-dua barangan itu penting untuk menghadapi wabak selesema tersebut dan menggesa peniaga agar tidak mengambil kesempatan.

"Kementerian akan memantau harga penutup muka, dan herba Cina kerana barangan itu penting dan sering digunakan orang ramai bagi mendepani wabak H1N1," katanya dalam satu kenyataan.

Tan, juga naib presiden Gerakan, berkata kenaikan dua produk tersebut akan menyusahkan pengguna.

"JIka pengeluar herba Cina atau penutup muka dari luar negara ingin menaikkan harga, pengedar tempatan atau pengimport haruslah mencari dari pembekal-pembekal lain," katanya lagi.

source from:http://www.malaysiakini.com/news/104538(Monday 18/5/2009)
p/s:pasni mesti ramai org part time jual facemasks ni kan..yela untung ooo......

0 cekodok:

 
Blogger design by suckmylolly.com