Saturday, November 1, 2008

Ekskusif Isu globalisasi atau jaga prestasi...?

Umum ramai menyangka kononnya 'perbincangan' pembelian Eurocopter didalangi Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan komisyen seperti kes kapal selam dan pesawat perang mungkin wujud sekali lagi, Najib terasa isu ini cuba dipalitkan kepada Timbalan Presiden Umno itu.
Isu ini cuba dipalitkan kepada beliau sedang orang lain yang memakan nangka dan orang lain terkena getah,"

Benar 'Letter of intent' (LOI) dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan, dua hari sebelum Najib dipindahkan ke Kementerian Kewangan dan ia nampak seperti Najib tergesa-gesa,

Namun, LOI itu mungkin sahaja dikeluarkan atas arahan Menteri Kewangan dan sememangnya pun pembelian seperti itu memerlukan kelulusan Menteri Kewangan

"Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi berpindah dari Kementerian Kewangan ke Kementerian Pertahanan seakan untuk mempastikan 'deal' ini berjalan mengikut yang dirancang bersekali dengan 'hasilnya',"

program Najib dan perginya Abdullah ke Kementerian Pertahanan adalah untuk membongkar dan 'menyudahkan' Najib.

Beliau juga merujuk surat yang didedah Kapt (B) Zahar Hashim yang ditujukan kepada Najib.

"Bagaimana cara Najib dapat melantunkan semula bola ini ke kepala Abdullah? Najib meminta PAC menyiasat supaya dapat dikenal siapa sebenarnya 'tuan nangka'.Ia satu 'permainan' tingkat tinggi. Berbilion ringgit wang negara jadi pertaruhan,"

Sehari menjelang siasatan PAC, Abdullah tiba-tiba kononnya mengetahui bahawa Eurocopter adalah mahal dan berkata negara tidak cukup wang kerana dunia dilanda krisis kewangan,

"Cepat dan pantas. Sebulan, selesai.Abdullah terkejar masa untuk 'sentuhan' akhir sebelum bersara?," katanya lagi.

Akhirnya Abdullah mengumumkan pembelian Eurocopter dibatalkan dan kenyataan pembatalan ini dibuat hanya 32 hari selepas Abdullah yang sama pertama kali mengumumkan mengenai rancangan pembeliannya pada 26 September lalu.Itu mengenai kementah..

Mengenai hal lain pula.Perkara ini adalah sama dengan kenaikan harga minyak yang melampau ketika menjangkau RM2.70 seliter.Pada mulanya kenaikan yang mendadak ini dilihat sebagai usaha kerajaan bagi membayar balik segala duit yang ditabur pada pilihan raya umum yang lepas yang menyaksikan kerajaan telah kalah teruk di beberapa buah negeri.

Tetapi selepas mendapat kembali segala pelaburan kini harga minyak kembali diturunkan tetapi tidak drastik dan melalui fasa-fasa tertentu sebelum rakyat dapat menikmati harga yang lebih murah berikutan harga minyak yang merudum ketika ini.

Jadi kenapa ianya tidak boleh dilakukan seperti mana cepatnya harga minyak naik?adakah apabila harga minyak turun harga barangan runcit juga akan menurun?sehingga sekarang kita masih lagi tidak mendengar semua itu..

0 cekodok:

 
Blogger design by suckmylolly.com