Saturday, November 7, 2009

DESPerate sgt kerr....


hello semua...ngah gap x da exam nie..2 yg boleh ada post haha...saje nak share something bila tgk citer nie...klaka pun ada..da mcm tgk senario dah...haha...berkisarkan tentang seorang perempuan yang baru saja clash dengan dia punya bf...biasa la 2 dulu masa bercinta semua indah itu ini...tpi lepas clash bf dorg mula ambil balik apa saja yg diberikan kt gf dia....haha...burung merpati pun dia rampas balik...

tapi bukan 2 yg best ada ag laa....jadi bila da clash 2...masing2 bwk haluan sendiri...tup tup la kan masa 2 pulak la ada sorg lelaki dtg dlm idup gurl ni...so mcm bese la kan konon2 nye ex dia 2 ialah jahat x memahami teruk la sume2 dia hentam kaw2 la....then laki 2 pulak konon2 dipermainkan oleh kaum wanita jugak...cewahhhh konon2 same2 dipermainkan la ni...

so dorg pun bermulalh detik2 cinta kembali...haha lelaki yg temani dia 2 sebenarnya nak amik kesempatan je la dkt gurl ni..yelah biasala bila hati konon2 kene hentak..so ape je yg laki ni ckp sume betoll antaranya "ohh..gurl that boy is so shame for doing all this to u" pdhal dulu dia ngn ex dia pun same...so gurl 2 plak da anggap la si laki 2 jadi hero yg menemani n dpt membahagiakan dia...

nak dipendekkan cerita sebenarnya gurl di sgt desperate untuk mendapatkan cinta balik konon2 x nak kalah dengan ex bf dia...hahaha...dlm masa yg sama laki yg sedang didampinginya pun dah merancang sesuatu masa dorg kapel nanti....kalu kite pernah syg org 2 rasenya x perlu la kite mencanang dia untuk kepuasan diri kite sendiri.....

Monday, November 2, 2009

selamat menghadapi peperiksaan

exam kembali setelah sekian lama ditinggalkan..banyak rakan2 mengeluh tidak ketinggalan saya juga yg berpendapat exam pada kali ini agak kelam kabut dimana tidak semua silibus dlm subjek habis diajar..begitu juga dengan kerja2 projek masih banyak yg belum selesai..

Tetapi percaya atau tidak kesemua ini akan mengajar kita menjadi seorang yg lebih berdisiplin di mana kita harus mengorbankan perkara yg mungkin tidak penting demi menjawab sekeping kertas peperiksaan dimana ianya melibatkan masa depan..

walaupun saya hanya mengambil 3paper final..berbanding kwn2 lain yg ada amik 7 dan 8 paper final namun ianya tidaklah boleh dianggap mudah kerana projek2 lain kami masih belum diselesaikan..

Jadi kepada kwn2 yg mengambil exam SELAMAT MAJU JAYA diucapkan..ingatlah kalau study week diberikan kepada kita pun..belum tentu kita sudah bersedia untuk mengambil exam pada kali ini..GOOD LUCK...

Monday, October 26, 2009

sejenak bersama hari ini dalam sejarah Uitm




Sunday, October 11, 2009

adakah perasaan benci itu sememangnya B.E.N.C.I...

sebut jek hubungan retak??mesti ramai yang telah mengalami atau sedang mengalami mahupun trauma untuk mengalami...

pemerhatian yg dijalankan mendapati ada 5jenis clash didalam sesuatu hubungan:

1)mmg sebab si jantan ni dah ada gf baru and cari point jek nak tinggalkan kekasihnye
2)saje nak tinggalkan gf dia sebab dah dpt "SOMETHING"
3)dah muak or kata lain bosan la asek2 ngadap muka sama
4)clash sebab dia dah x da kepentingan lagi
5)terlalu banyak gaduh sehingga tiada cara lain

sesuatu hubungan itu boleh mengambil masa yang lama untuk bertahan tetapi cume mengambil masa x sampai 5minit untuk menghancurkannya.....

kenapa??apabila nafsu marah yang membuak2 serta dendam yg terkumpul hasil dari sesuatu jangka masa dilepaskan pada sesuatu masa...

kesan??tidak berfikir panjang dan hanya akan menyebabkan kedua2 akan tersiksa...

cara mencegah??tiada yang lagi penting selain membawa perubahan pada diri masing

jangka masa??bergantung kepada tahap kematangan sesuatu pasangan..

keputusan??jika ini semua berlaku maka hubungan akan kembali pulih dan akan menjadi lebih bahagia kerana mempunyai pengalaman yg cukup untuk masa yg akan dtg...

tapi apa yg kebiassaanya sampai di tahap kesan kesemua pasangan akan tewas walaupun ada diantaranya yg berjaya melepasi ujian getir tersebut....mmg benar ckp mudah berbanding tindakan tetapi PERCAYALAH apabila anda BENAR-BENAR tersentak dengan sesuatu...SEMUA benda akan ditranformasi secara perlahan-lahan...
ingatlah manusia biasanya masih akan cuba BANGUN walaupun tahu kedua kakinya LUMPUH...

p/s: jika anda anda pengalaman sila tinggalkan komen....tq..

Thursday, September 24, 2009

Nak tumpang boleh tak.....

semua orang tahu tentang hantu samada pernah berjumpa atau terserempak apatah lagi diganggu oleh "mereka".Jika sebelum ini saya sering mendengar atau melihat secara tidak sengaja benda tersebut,maka malam tadi saya "diuji" semasa habis selesai membeli barang-barang dapur untuk pulang ke Shah Alam.Cerita bermula sebaik sahaja saya selesai memasukkan barang didalam kereta.

Mungkin kerana bertiga ditemani oleh adik dan ayah,itulah sebabnya saya tidak berasa takut atau gemuruh apabila berlaku kejadian seperti ini.Sesudah memasukkan barang saya dengan selamba menolak troli yang telah digunakan tadi ke arah tong sampah yang berhampiran.Bunyinya agak biasa dan saya juga beranggapan begitu,terdetik di hati untuk melihat sesuatu di bawah kereta kerana melihat seperti mula bercucuran turun dari enjin kereta....mungkin air air cond...bisik hati.

Selepas semua masuk,bermulalah sesuatu perkara yang sangat pelik...semasa saya memasukkan kunci kereta,ada satu bunyi seperti ini kreeeeeeekkkkk kreeeekkk tututuutut..din hadapan enjin....semua terkejut saya juga sama...saya bertnya kepada ayah tentang perkara tersebut dan segera kehadapan enjin untuk melihat apa yang sebenarnya berlaku.

Dihadapan ayah masih memeriksa enjin samada berlaku kerosakan atau tidak....Saya mula tertanya2 apa sebenarnya yg terjadi...bunyi masih tidak berhenti...satu perkara yang paling mengejutkan saya ialah apabila saya mula menarik kunci dari kereta dan menunjukkan kearah ayah...serentak dengan itu semua terkejut....

bunyi timing belt semakin kuat....seperti bunyi sesuatu yang mahukan perhatian....saya dan ayah mula bingung....saling memandang dan memberikan isyarat....saya kembali masuk ke dlm kereta dan membaca ayat2 Al Quran dan cube memasukkan kembali kunci kereta semoga ianya pulih kembali..

Alhamdulillah kali ini berjaya...saya segera meneruskan pemanduan dan keluar dari tempat tersebut..sambil mata sayup2 memandang ke arah troli tersebut...dalam hati terdetik tentang apa yang baru terjadi tadi...

Tidak terhenti disitu semasa memandu dalam 3minit sekali lagi saya "diuji" apabila viper di hadapan bergerak secara perlahan-lahan dan air mula dipancutkan ke arah cermin utama...saya berkata kepada ayah iaitu saya tidak pernah menekan atau memusingkan suis penekan...

Ayah dengan tenang memberitahu saya jangan takut….

Betul ke kami “ditemani”………

 
Blogger design by suckmylolly.com