Sunday, January 17, 2010
Saturday, January 16, 2010
selamat
selamat menghadapi pelbagai dugaan...AMIN
crazy writer by Mr.eEJat at 1/16/2010 12:41:00 PM 0 cekodok
Wednesday, December 9, 2009
maaf atau tidak??

setiap orang ada cerita masalah sendiri...kata orang kalu kite asek idup x da masalah bermakna hidup kita ni bosan...betul jugak 2.....yelah kalu x mcmane kita nak tau yg kita dah semakin dewasa untuk setelkan apa2 jua masalah yg mendatang kann....
yup2 itu satu hal dengan masalah...biasanya apabila berdepan sesuatu masalah kite mesti akan segera menyelesaikan dengan sebaik mungkin...x kira la benda 2 kita nak buat mcmane yg penting mesti setel dan x nak menganngu rutin harian yg lainnn....
bila da setel masalah plak...kite akan belajar sesuatu dari perkara tersebut...yee itu salah ini betull...oh mcmni bukan begituu....atau kiri bukan ke kanan....tpi berbaloikah anda berdendam dengan orang yg pernah membuat masalah kepada anda....
cube lupakan perkara yg dah lepas dan menganggap perkara tersebut sebagai satu benda yg akan mengajar kita perkara yg akan berlaku agar lebih berhati2...kalu boleh jgnla kite bermusuh dengan orang terlalu lame kerana ianya mungkin akan menyebabkan kite dibenci pula oleh org lain..
p/s:x semua memaafkan dosa org lain...tpi smpai bile kann??
crazy writer by Mr.eEJat at 12/09/2009 05:25:00 AM 0 cekodok
Friday, November 20, 2009
fikirkan.....
umum mengetahui terlalu banyak cerita2 seram dan tahyul di kaca2 televisyen sekarang.
ELEMEN tahyul dan syirik sehingga boleh menyekutukan Tuhan antara perkara yang cuba dielakkan di dalam sesebuah produksi televisyen kerana sesuatu yang berkaitan dengan alam makhluk halus mampu mencetuskan ketidakselesaan penonton.
Biarpun masyarakat dulu mempercayai akan kewujudan kejadian mistik seperti nenek kebayan yang boleh menyerupai perempuan cantik dan orang tua yang hodoh, namun kepercayaan itu mudah disalahertikan sehingga menimbulkan isu kontroversi oleh alim ulama........
crazy writer by Mr.eEJat at 11/20/2009 02:04:00 AM 0 cekodok
Tuesday, November 17, 2009
anda pernah merasakanya bukan..??
"Minta maaf Encik. Encik kena ikut prosidur yang ada. Ini arahan dari pihak atasan dan saya hanya menjalankan tugas. Saya kena ikut garis panduan yang telah ditetapkan dan Encik pula kenalah ikut peraturan".
Itulah jawapan daripada kakitangan awam apabila kita mengadu terlampau banyak borang yang perlu diisi disamping banyak sangat unit, bahagian dan jabatan yang perlu disampaikan sesuatu permohonan. Dengan kata lain kerenah birokrasi terpaksa kita lalui walaupun ia terpaksa memakan masa dan perbelanjaan. Itu baru berurusan dengan satu jabatan sahaja. Bayangkan jika permohonan kita melibatkan sehingga 14 jabatan untuk memberikan ulasan seperti permohonan cadangan pembangunan membina resort.
Jika kita inginkan jalan pintas, bermakna kita akan bergelumang dengan rasuah. Mungkin kita pula akan berkata kepada penjawat awam,"tidak ada 'cara lain' ke supaya permohonan saya dapat dipercepatkan?. Kalau hendak 'duit kopi' saya boleh uruskan".
Inilah persoalan yang membelenggu kakitangan awam dan orang ramai yang berurusan dengan pejabat kerajaan. Senarionya hampir sama cuma fungsi jabatan kerajaan sahaja yang berbeza.
Saya percaya walaupun sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan yang cekap, masih terdapat kekurangan dan sering mendapat kritikan. Namun budaya dan suasana kehidupan kita tidaklah seteruk seperti di New Orleans. Pertimbangan yang waras warga Malaysia amat tinggi apabila kita menghadapi bencana.
Budi bicara dan pertimbangan yang waras juga amat dituntut walaupun penjawat awam terikat dengan prosedur yang ketat untuk menangani masalah birokrasi dan amalan rasuah. Inilah yang terjadi kepada seorang pelajar IPTA yang lulus dalam satu mata pelajaran tetapi slip keputusan dinyatakan gagal. Beliau terpaksa membayar wang rayuan semula sebanyak RM50. Akhirnya pengurusan IPTA mengesahkan berlaku kesilapan cetakan pada slip keputusan.
Proses tuntutan wang RM50 terpaksa berlangsung selama lapan bulan kerana kerenah birokrasi dan tuding menuding dari pejabat fakulti ke pusat bahasa, dan kemudian ke pusat rekod, pusat komputer dan akhirnya ke pejabat bendahari. Akibat kesilapan dan kelalaian pihak lain, pelajar tersebut terpaksa menanggung kerenah birokrasi dan menjadi seperti bola ditendang ke
Memang terdapat unsur-unsur berlakunya rasuah dan jalan pintas untuk mendapatkan kelulusan segera lesen dan permit 'panas' tersebut, tetapi ianya haruslah dibezakan daripada kategori yang berkepentingan rakyat dan pembangunan ekonomi negara.
crazy writer by Mr.eEJat at 11/17/2009 04:23:00 PM 0 cekodok



