Monday, October 26, 2009

sejenak bersama hari ini dalam sejarah Uitm




Sunday, October 11, 2009

adakah perasaan benci itu sememangnya B.E.N.C.I...

sebut jek hubungan retak??mesti ramai yang telah mengalami atau sedang mengalami mahupun trauma untuk mengalami...

pemerhatian yg dijalankan mendapati ada 5jenis clash didalam sesuatu hubungan:

1)mmg sebab si jantan ni dah ada gf baru and cari point jek nak tinggalkan kekasihnye
2)saje nak tinggalkan gf dia sebab dah dpt "SOMETHING"
3)dah muak or kata lain bosan la asek2 ngadap muka sama
4)clash sebab dia dah x da kepentingan lagi
5)terlalu banyak gaduh sehingga tiada cara lain

sesuatu hubungan itu boleh mengambil masa yang lama untuk bertahan tetapi cume mengambil masa x sampai 5minit untuk menghancurkannya.....

kenapa??apabila nafsu marah yang membuak2 serta dendam yg terkumpul hasil dari sesuatu jangka masa dilepaskan pada sesuatu masa...

kesan??tidak berfikir panjang dan hanya akan menyebabkan kedua2 akan tersiksa...

cara mencegah??tiada yang lagi penting selain membawa perubahan pada diri masing

jangka masa??bergantung kepada tahap kematangan sesuatu pasangan..

keputusan??jika ini semua berlaku maka hubungan akan kembali pulih dan akan menjadi lebih bahagia kerana mempunyai pengalaman yg cukup untuk masa yg akan dtg...

tapi apa yg kebiassaanya sampai di tahap kesan kesemua pasangan akan tewas walaupun ada diantaranya yg berjaya melepasi ujian getir tersebut....mmg benar ckp mudah berbanding tindakan tetapi PERCAYALAH apabila anda BENAR-BENAR tersentak dengan sesuatu...SEMUA benda akan ditranformasi secara perlahan-lahan...
ingatlah manusia biasanya masih akan cuba BANGUN walaupun tahu kedua kakinya LUMPUH...

p/s: jika anda anda pengalaman sila tinggalkan komen....tq..

Thursday, September 24, 2009

Nak tumpang boleh tak.....

semua orang tahu tentang hantu samada pernah berjumpa atau terserempak apatah lagi diganggu oleh "mereka".Jika sebelum ini saya sering mendengar atau melihat secara tidak sengaja benda tersebut,maka malam tadi saya "diuji" semasa habis selesai membeli barang-barang dapur untuk pulang ke Shah Alam.Cerita bermula sebaik sahaja saya selesai memasukkan barang didalam kereta.

Mungkin kerana bertiga ditemani oleh adik dan ayah,itulah sebabnya saya tidak berasa takut atau gemuruh apabila berlaku kejadian seperti ini.Sesudah memasukkan barang saya dengan selamba menolak troli yang telah digunakan tadi ke arah tong sampah yang berhampiran.Bunyinya agak biasa dan saya juga beranggapan begitu,terdetik di hati untuk melihat sesuatu di bawah kereta kerana melihat seperti mula bercucuran turun dari enjin kereta....mungkin air air cond...bisik hati.

Selepas semua masuk,bermulalah sesuatu perkara yang sangat pelik...semasa saya memasukkan kunci kereta,ada satu bunyi seperti ini kreeeeeeekkkkk kreeeekkk tututuutut..din hadapan enjin....semua terkejut saya juga sama...saya bertnya kepada ayah tentang perkara tersebut dan segera kehadapan enjin untuk melihat apa yang sebenarnya berlaku.

Dihadapan ayah masih memeriksa enjin samada berlaku kerosakan atau tidak....Saya mula tertanya2 apa sebenarnya yg terjadi...bunyi masih tidak berhenti...satu perkara yang paling mengejutkan saya ialah apabila saya mula menarik kunci dari kereta dan menunjukkan kearah ayah...serentak dengan itu semua terkejut....

bunyi timing belt semakin kuat....seperti bunyi sesuatu yang mahukan perhatian....saya dan ayah mula bingung....saling memandang dan memberikan isyarat....saya kembali masuk ke dlm kereta dan membaca ayat2 Al Quran dan cube memasukkan kembali kunci kereta semoga ianya pulih kembali..

Alhamdulillah kali ini berjaya...saya segera meneruskan pemanduan dan keluar dari tempat tersebut..sambil mata sayup2 memandang ke arah troli tersebut...dalam hati terdetik tentang apa yang baru terjadi tadi...

Tidak terhenti disitu semasa memandu dalam 3minit sekali lagi saya "diuji" apabila viper di hadapan bergerak secara perlahan-lahan dan air mula dipancutkan ke arah cermin utama...saya berkata kepada ayah iaitu saya tidak pernah menekan atau memusingkan suis penekan...

Ayah dengan tenang memberitahu saya jangan takut….

Betul ke kami “ditemani”………

Monday, September 21, 2009

selamat hari raya aidilfitri 2009

SEMOGA KELUARGA KAMI BERTAMBAH BAHAGIA....AMIN

Monday, September 7, 2009

negaraku.....terang bulan....dan lagu perancis...??

bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan

Lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku kini menjadi perbualan hangat di Indonesia. Mereka memfitnah bahawa lagu Negaraku berasal dari lagu Terang Bulan.amun, hakikatnya, salah satu lagu patriotik Indonesia berjudul Dari Sabang Sampai Merauke juga hampir sama dengan lagu kebangsaan Perancis bertajuk La Marseillaise.


Indonesia ibarat meludah ke langit apabila menuduh Malaysia menciplak lagu negara lain, padahal di negaranya sendiri penuh dengan peniruan. Mereka menuduh kita menggunakan lagu Terang Bulan yang wujud pada tahun 1940. Padahal lagu Negaraku berasal dari lagu Negeri Perak yang diciptakan tahun 1888.

Lagu ini masih menjadi lagu rasmi Negeri Perak hari ini.Apa yang melucukan berita TV Indonesia sendiri begitu daif dan tidak tahu asal usul Negaraku. Sudahlah tidak tahu, mereka membincangkannya pula. Malah mengatakan bahawa lagu tersebut berasal dari lagu Malayan Moon yang dipetik dari berita TV Indonesia, SCTV bertarikh 1 September 2009

rakyat indonesia sendiri tidak suka dengan pengemis

Jelas terbukti bahawa lagu Negaraku bukan berasal dari lagu Terang Bulan.Persoalannya, kenapakah setelah 52 tahun lagu Negaraku lahir, baru hari ini Indonesia mempersoalkan asal-usulnya. Inilah sikap Indonesia yang suka menangguk di air yang keruh. Akhirnya, yang malu mereka sendiri.

erti kemerdekaan sebenar negara meraka

Apa yang membanggakan, lagu kebangsaan kita hangat dibincangkan di TV Indonesia. Malah lebih membanggakan, lagu kebangsaan kita ini berkumandang di seluruh Indonesia dan ditonton oleh rakyatnya. Pernahkah lagu Indonesia Raya ditayangkan di Malaysia? Tidak pernah dan tidak perlu.

 
Blogger design by suckmylolly.com