Friday, January 30, 2009

sweet memory

Alkisah...

akum sume..hmm sori lame x update..lame ke??agakla an..ni sume gara2 nak siapkan asignment industrial project....sampai ke puchong jaya perginya..huhu...nasib la da kwn yg sanggup menumpangkan kami bagi melicinkan lagi proses kerja tersebut hehhe....

tpi ape yg sebenarnya yg seronok atau menambah pengalaman sesama kami apabila kereta yg aq drive mula merajok dan wat hal masa ke summit sunway...hahha nak tau x pe jadi...masa ngah best2 drive sekali enjin mula terpadam@mati.....

(dalam hati)ceh!!! time cnie r plak nak wat hal...tpi dalam hati tetap cold bro!!!....bukan apa aq da byk kali menghadapi situasi dimana kalau sesuatu benda 2 kite buat dalam keaadaan kelam kabut nescaya benda yg korg wat 2 x akan menjadi..trust me...try k...

aq mula mengambil inisiatif(betul ke eja ni) rilek kat atas bridge yg nak masuk park kat summit 2 then slow2 reverse bgi mengelakkan aq dimaki oleh org len walaupun ada sebuah kete da maki aq...ceh baru sedar ke ejat oi...

(huh temperature panas ni...air baru jek isi...radiator bocor ke??) hujan mula turun...semakin lebat diselang seli dengan bunyi azan maghrib...

kawan1: ejat pekata ko g semayang dulu kat masjid sebelah 2...
kawan2:diam seribu bahasa......
aq:bleh gak 2...tpi kete x kan nak tinggal cam2 jek...

jdi mmg aq x g n dikire sebagai musafir...Harap2 begitulah...
selepas berehat seketika aq tekad start dan naik sampai parking....

Percubaan pertama:berjaya
selepas semua selesai shopping..aq mula berdoa kembali agar temperature kete aq da sejuk n bole bergerak dengan lancar.....selepas beberapa minit bergerak...kelihatan keadaan masih sama...

percubaan pertama nak menghidupkan enjin:gagal
kedua:gagal
ketiga: aq da x dgr pape bunyi maksudnya kete da jem....hahaha
malam 2 aq tdo pukul 5.30 pagi...jangan tanye kenapa...



Sunday, January 25, 2009

gong xi fa cai...selamat tahun baru cina..


Assalamualaikum dan selamat tahun bari cina diucapkan kepada kwn2 yg merayakannya...sebagai rakyat Malaysia yg berbilang kaum sudah semestinya perayaan ini menjadi salah satu aktiviti yang sihat dimana kita akan mengunjungi rakan2 yg merayakannya...

Mmg benar sudah sekian lama kita mangecapi kemakmuran dan perpaduan hasil daripada pemimpin2 yg telah lepas...tpi perasan x skrg ini selepas 51 tahun merdeka perpaduan di negara kite mula goyah dengan bermcam2 tragedi dan perkara telah dilakukan...
percaya atau pun tidak pada masa hadapan kite mungkin x dapat lagi tgk mcm gambar di atas ni iaitu masih ada kaum yang menghadiri perayaan berbilang kaum seperti tahun baru cina dan lain2 lagi...bukan bermaksud untuk menakut nakutkan semua orang tetapi jikalau perkara yang bergolak antara kaum masih berlaku...anda fikir....tidak mustahil kan...

fikiruntukpercayadotblogspot

Wednesday, January 21, 2009

sorry lame x upload...biasa la selain dari masalah kemalsan dan x da perkara2 yg luar biasa berlaku ada juga cerita2 yg x enak didengar....tunggu.....

Sunday, January 11, 2009

salah ke korbankan kaki sendiri??


hai kembali lagi emm ape plak yg menarik ari ni ek...ni pasal cerita terbaru Mat Gian di sekitar Kelantan..khabarnya mereka tidak lagi mencuri kabel2 telefon atau besi2 yg sering menjadi bahan utama sebagai modal untuk mendapatkan "hajat" mereka seperti dadah,ganja,pil kuda dan lain2....

wah ni perkara baik ni bukan ape coz mereka dah x menyusahkan orang sebaliknya menggunakan alternatif lain iaitu menggunakan kaki mereka bgi membuat umpan menangkap lintah2 dan difahamkan kegiatan mereka ini memberi pulangan modal yg lumayan kerana mendapat permintaan tinggi dari pemborong bergantung kepada keadaan air di sawah...

mane x nya sekarang kan dah byk produk atau ubat ubatan yg digunakan dari lintah ni...cewah mane la tau satu hari nanti mat2 gian ni bertukar menjadi pengusaha lintah yg berjaya plak kan..tpi yg x bgusnya slain dari kaki dorg yg semakin kecik dek bahana gigitan lintah 2...duit yg dorg dpt ni still digunakan bgi tujuan yg x betul....

hmm 2 yg x bgus 2..jadi diharapkan pihak yg mane2 tampil untuk memberi sedikit panduan kepada mat2 gian ni mybe dorg bleh bukak company sendiri sesama mat gian..bleh ke??..ataupun bia jek dorg lepas gian kat lintah2...dah len mcm bunyik 2..haha....atau menjadikan kegiatan mengumpan lintah sebagai aktiviti tahunan selapas ni...ok gakk..

mcmana u all rase??

pikiruntukpecayadotblogspot

Friday, January 9, 2009


hai dan selamat kembali..sowie x update 3 ari coz da prob ngn on9 ari2 n etc...tpi x pe kita sambung ruangan ini dengan berita len....rasanya dah penat semua pihak x kirala gov,ngo dan lain2 pihak membantah sekeras kerasnya serangan israel terhadap palestin...

so skg kita pikir ape yg kita nak wat....yup seperti mana yg kita tau seperti mana gambar diatas lagi bantahan selepas solat jumaat dihadapan kedutaan amerika dilakukan pada tengahari kelmarin...

hmmm ada jugak terdengar untuk boikot semua produk israel seperti starbuck,nestle dan cola cola...tpi perasan x masa kite dok jerit2 sume 2 kite tetap gosok gigi dengan colgate...pas2 marah2 kite tetap makan coklat cadbury....pling sempoi kalu kite tgk sticker VIP mcd 2 ialah lambang support zionis...hebat x??menyusur jalan raya..cewah...

ye ye kite paham yg benda2 ni dah x bleh elakkan...tpi cube kite fikir dengan lebih drastik...let`s say our idea like pekata semua pekerja2 mcd,starbuck n others yg berkaitan resign kerja tok boikot menda ni....O.M.G secara drastiknya mmg menakutkan bkn pe cube bygkan berapa byk mcd yg da kat daerah kita..up sket negeri..hmm x cukup msia ni....esh amik ko dunia kita nie...

ha secara total of course mmg bangkrup la negara israel betul x??walaupun agak kejam ye la mybe da certain gaji2 supervisor mencecah 5,6 angka tpi x mustahil betul x.....ini bukanla arahan ke pe....cuma cadangan yg drastik dari kita....

jadi ape cadangan anda??

pikiruntukpercayadotblogspot

Tuesday, January 6, 2009

relevankah PBB untuk keamanan pada masa sekarang??


seperti mana yg dapat anda saksikan bagaimana seorang bapa menangis dan meraung kerana melihat tiga mayat anaknya mati sekaligus hasil daripada perbuatan tidak bertanggungjawab tentera Israel akibat bedilan kereta kebal awal pagi kelmarin...

pelbagai pihak termasuk di seluruh dunia mula membuat bantahan keras mengenai kekejaman rejim israel dan serangan yg dilakukan ke atas palestin..kebiasaanya apabila berlaku perkara seperti ini kesemua mata tertumpu kepada satu pertubuhan yang mewakili keseluruh negara pada amnya iaitu PBB.

tetapi kini pertubuhan tersebut mula dianggap sebagai boneka dikalangan negara-negara yg lain..semua sedia maklum negara yg berkuasa besar seperti amerika dan sekutu sekutunya memainkan peranan penting dalam pelaksanaan operasi ketenteraan seperti mana yang berlaku di afganistan,iraq dan sekarang palestin..

PBB yang diharapkan menjadi platform untuk keamanan mula terhakis kredibilitinya.. sepatutnya badan itu harus melaksanakan genjatan senjata bgi mengelakkan negara2 lain menjadi mangsa rakus kekejaman negara2 yg berkuasa dan berpegaruh...

persoalannya sekarang jikalau semua sudah maklum PBB bertindak seperti boneka dan hanya akan berdiam diri seperti semua sedia maklum dalam menyuarakan suara2 keamanan....
tidak adakah satu pertubuhan yg mampu menyuarakan perkara seperti ini...
kita ada oic,nam,komonwel dan mcm2 lagi negara2 ISLAM dimanakah semua pertubuhan ini....??

pikiruntukpercayadotblogspot

Sunday, January 4, 2009

berkaitan artikel harian metro......


megah tiada dara.....
Ahad 4 Januari 2009

rata2 gadis yg telah ditemuramah berbangga mengenai status mereka yg rata2 tiada dara...
lebih membimbangkan mereka berbangga dan menganggap sesiapa yang masih ada dara sebagai kelompok ketinggalan zaman...hasil kajian mendapati usia semuda 15tahun telah terlibat dengan aktiviti seperti ini....

zaman dah berubah teknologi semakin canggih jadi selari dengan perkara tersebut relevankan semua perkara ini dilakukan...

kita disini tidaklah menyokong mana2 pihak tpi jika difikirkan kembali kenapa perkara seperti ini berlaku??adakah didikan ibu bapa atau lebih tepat didikan agama yang semakin nipis dikala kita sibuk mengejar kebendaan..

ataupun sikap remaja yang mula berfikiran terlalu terbuka dan menganggap ianya hanyalah sebgai syarat untuk berasa suci semasa melangkah ke alam perkahwinan..yang penting kebahagian bukanlah berpunca ataupun berasal dari benda yang dipanggil "dara"....

itu adalah pendapat bagi sesetengah pihak yg hidup digenerasi sekarang...
bagaimana dipihak anda.....??

pikiruntukpercayadotblogspot

Saturday, January 3, 2009

kdg2 runsing gak bila mikir2 balik kenapa ada org mcm ni dan x mcm2...nper begini dan tidak begitu..kalu nak ikutkan hati mahu saje aku ubah semua ikutkan hati semua org jadi begitu begini dan lain2...

tpi apekan daya...sume x bleh...yg aku bleh wat cume satu iaitu "CARA AKU"

Friday, January 2, 2009

2009..

Assalamualaikum dan selamat tahun baru....
ari 2 kami ke menara taming sari di melaka konon2 nya nak tgk bunga api n nak celebrate new year...
tpi hampeh tol...
ada ke patot da countdown punya la kuat2 last2 yg kua bunga api adala beberapa das mcm nak x nak jek kua..
ceh...
dalam hati berkata"mcm x berbaloi jek aku redah jem ngan stress kete yg mmg byk mcm berkabung da org meninggal"
..................................................................................................................................................................

lepas 2 ingat nak la pergi nek eye on msia dkt sbelah 2 plak...mcm bese redah jem2 n seangkatan denganya....
tup tup...aku mula pelik bila kereta yg kuar dari eye on msia lebih byk berbanding yg nak masuk...
dlm hati berkata"mybe dorg paking kat tepi2 ni kot 2 yg senang nak kua"
lastly..............
eye on msia daTUTUP......
jadi berbaloi ke aku lalui onak dan duri kereta yg sgt byk 2...?
.....................................................................................................................................................................

da mls nak pikir pasal 2 sume aku pun amik decision nak lepak2 kat pantai puteri ngn kwn2 n others....suasana agak gelap(mmg r malam kot jam pun da kul 2.30 masa 2) angin sepoi2 bahasa...bkn 2 yg aku nak ckp sebenarnya....
hahha..at least epy r jugak dapat lepak2 ngn member2 n teman tersayang di mlm new year...
hahha....pepun sebenarnya x perlu new year nak buat sume ni kan kan kan??
kalu tiap2 taun wat azam baru tpi x pernah tercapai da guna ker???

hmmm tpi korg judge sendiri akunya new year ni berbaloi ke x???
plz...

 
Blogger design by suckmylolly.com