Saturday, April 30, 2011

Fakta Menarik





Fakta Menarik Mengenai Perkahwinan Diraja Putera William dan Kate Middleton



1) Mohamad Al Fayed , bapa Dodi Fayed yang terbunuh dalam kemalangan kereta dengan Puteri Diana di Paris , Perancis pada 1997 , menggesa Kate Middleton membatalkan perkahwinannya kerana keluarga diraja Britain itu akan memusnahkan kehidupannya seperti yang mereka lakukan terhadap Puteri Diana .

2) Kate dikatakan merancang membelanjakan AS$150 000 (RM465 000) untuk pembedahan plastik memandangkan beliau akan menjadi buruan jurugambar dan kaum wanita akan mengawasi setiap pergerakannya .


3) Seorang bekas profesor , Profesor Chris Knight dikatakan akan merusuh , melontar bom asap dan menawan stesen televisyen bersama ratusan yang lain pada hari perkahwinan tersebut (29 April 2011)

4) Seramai 650 tetama terpilih untuk menghadiri majlis perkahwinan yang akan berlangsung di Istana Buckingham . Seramai 250 tetamu dipilih oleh Kate dan William , 250 dipilih oleh Putera Charles , 100 dipilih oleh keluarga Middleton (keluarga Kate) dan 50 lagi dipilih oleh Ratu Elizabeth .

5) Antara tetamu yang dijangka hadir termasuklah pemain bola sepak terkenal , David Beckam dan isteri , Rowan Atkinson (pelakon cerita bersiri Mr Bean) , serta empat bekas kekasih Putera William dan dua bekas kekasih Kate .

Sunday, December 26, 2010

Saya Kembali

Sungguh lamenya tidak singgah disini..
Kali ini saya kembali....
Kerana sudah puas mencari.....
Password seperti biasa lupa lagi....
Jadi tunggu kemunculan posting disini....
Bersama kita mencerna idea untuk bersama kembali......

Monday, June 7, 2010

Facebook tempat bukti kecurangan

NEW YORK: Semakin ramai pasangan yang bercerai menjadikan laman web sosial Facebook sebagai bukti pasangan mereka melakukan kecurangan, menurut hasil kajian terbaru.

Kajian yang dijalankan sekumpulan peguam terkenal di Amerika mendedahkan, pelanggan mereka datang ke mahkamah dengan membawa bukti yang mereka temui di laman web itu.

NEW YORK: Semakin ramai pasangan yang bercerai menjadikan laman web sosial Facebook sebagai bukti pasangan mereka melakukan kecurangan, menurut hasil kajian terbaru.
Kajian yang dijalankan sekumpulan peguam terkenal di Amerika mendedahkan, pelanggan mereka datang ke mahkamah dengan membawa bukti yang mereka temui di laman web itu.
Mereka berkata, laman sosial yang amat popular itu dilayari berjuta-juta pengguna memberi peluang mereka menghubungi rakan lama dan mencari rakan baru, tetapi pada masa yang sama menjadi punca individu berbohong dan menipu pasangan mereka.

Masalah biasanya bermula apabila pengguna bersembang perkara membabitkan seks perkara yang tidak wajar dilakukan dengan ‘rakan’ di internet.

“Semakin ramai pelanggan datang menemui saya dan apabila saya bertanya mengapa mereka mahu bertemu dengan saya, mereka menjawab Facebook,” kata peguam perceraian terkenal, Mary Cay Trace.

Beliau berkata, e-mel lucah dan mesej berbaur seks di laman Facebook menjadi bahan bukti yang semakin banyak didedahkan di mahkamah, sebagai punca perubahan sikap individu terhadap pasangan mereka sehingga menyebabkan perceraian.
Mary Cay berkata, mana-mana individu juga kini boleh menyiasat jiran dan rakan sepejabat melalui Facebook jika mengesyaki mereka berlaku curang.

Mary Cay merujuk kes seorang wanita yang menulis dalam laman web MyFoxPhilly.com mengenai gelagat suaminya bertukar-tukar nota cinta dengan bekas rakan sekolahnya selepas mereka bertemu kembali melalui Facebook.

“Hanya dalam tempoh beberapa bulan, perkahwinan wanita itu dan suaminya selama 13 tahun, berakhir dengan perceraian. Teman wanita baru suaminya juga bercerai dengan pasangannya. Mereka mempunyai dua orang anak,” katanya.

Bagaimanapun, kata Mary Cay lagi, perkara yang lebih menyedihkan adalah apabila seseorang individu mengesan kecurangan pasangan mereka di Facebook.

Perkara itu tidak hanya diketahui oleh mereka saja, sebaliknya jiran tetangga, anggota keluarga dan anak juga dapat mengetahuinya, kata peguam itu. – Agensi

sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Facebooktempatbuktikecurangan/Article

JADI BERWASPADALAH KEPADA SESIAPA YANG ADA SKANDAL YER:)

Tuesday, June 1, 2010

Persidangan Pemimpin Mahasiswa UiTM Se-Malaysia


Persidangan Pemimpin Mahasiswa UiTM Se-Malaysia

Start Time:
Wednesday, 02 June 2010 at 08:00
End Time:
Saturday, 05 June 2010 at 18:30
Location:
UiTM Arau, Perlis
2 - 5 Jun 2010

2 JUN
3 ptg : dijangka tiba di UiTM Perlis dan check in & free
8.30mlm : ta'ruf brsama semua MPP UiTM

3 JUN
-MAJLIS PERASMIAN
-Slot 1 : Perancangan Strategik UiTM
-Slot 2 : Perancangan Pembangunan Pelajar
Sidang 1 : Halatuju & Progres MPP UiTM 10/11

4 JUN
-Sidang 2 : Mahasiswa Pemangkin Inspirasi Nasional
-Sidang 3 : Model Ekonomi Baru
-Slot 3 : Majlis Penutup oleh TNC HEP UiTM yg baru

5 JUN
-Check out (dijangka 10pg)
-LAWATAN

Friday, May 14, 2010

mpp 2010/2011 dengan kerjasama GSS.


KENYATAAN MEDIA

Program Selangkah Transformasi: Inspirasi Bangsa 1 Malaysia di bawah Bayu merupakan sebuah program Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Malaysia bersama Persatuan Gabungan Siswa-Siswi Serantau (GSS) .

Hal ini kerana, objektif program ini seiring dengan misi Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011 iaitu “Inspiring Difference, Empowering Excellent” (Menginspirasikan Perbezaan, Memperkukuhkan Kecemerlangan) .

Diantara matlamat dan objektif program adalah Sebagai tanda sokongan kepada aspirasi Naib Canselor UiTM, Y. BHG Dato’ Prof Dr. Ir. Sahol Hamid Abu Bakar FASc untuk memberi peluang pendidikan kepada semua golongan masyarakat terutama penduduk desa yang berpendapatan rendah dalam program “Give Change A Chance” ,

Mempromosi program “Destini Anak Desa” khasnya dan program diploma dan ijazah amnya yang ditawarkan di UiTM, sebuah universiti yang dikhaskan untuk golongan Bumiputera Sabah/Sarawak dan Melayu.,

Menyahut seruan Universiti yang menginginkan program-program berbentuk akademik diperbanyakkan ,Bertukar-tukar fikiran dan pendapat serta idea di antara MPP UiTM Shah Alam dan MPP UiTM Sabah tentang isu-isu kebajikan pelajar di UiTM induk dan cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu selain dari mengeratkan perhubungan dan kerjasama yang erat antara UiTM kampus induk dan kampus-kampus cawangan.Program ini dijadualkan akan berlangsung pada

Tarikh : 11 -16 Mei 2010

Tempat : Kampung lipasu, Ranau, Sabah

Program usahama ini diharap dapat memberikan input yang bermanfaat kepada para mahasiswa yang terlibat dan masyrakat tempatan yang menjayakannya Disamping itu, perkongsian pemahaman budaya melalui program diharapkan dapat membantu mahasiswa amnya dan ahli majlis perwakilan pelajar amnya dalam merealisasikan pembudayaan konsep 1Malaysia di kalangan mahasiswa UiTM

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut hubungi: Mohamad Izzat bin Ismail 012-9728652


 
Blogger design by suckmylolly.com